Wednesday, October 23, 2013

Allah bermaksud tuhan, semua jenis tuhan, kata sarjana agama

Sarjana agama terkemuka dari Amerika Syarikat Reza Aslan turut sepakat dalam kritikan terhadap larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia dan mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu merupakan satu keputusan politik.

Dalam satu wawancara bersama radio BFM, Reza (gambar) menegaskan, penganut Kristian menggunakan kalimah Allah yang membawa maksud Tuhan dalam bahasa Arab dan ianya bukanlah satu ancaman kepada Islam.

"Pengganas Taliban meletakkan bom bersama Al-Quran dan membawanya ke sebuah masjid di Pakistan pada Hari Raya Korban. Inilah ancaman kepada Islam," katanya.

Minggu lalu, seorang Gabenor di Afghanistan terbunuh selepas sebutir bom yang diletakkan berhampiran Al-Quran meletup semasa beliau sedang menyampaikan ucapan Aidiladha.

Reza yang menulis buku “No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam” hairan dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Malaysia kerana kalimah Allah merupakan istilah merujuk kepada Tuhan, “sebarang jenis Tuhan”.

"Allah daripada perkataan Al-Ilah. Itulah asal perkataannya. Al-Ilah bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir Allah adalah nama Tuhan bukan sahaja silap tetapi bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri.

"Ini bukan satu interpretasi. Ia fakta sejarah," katanya.

Minggu lalu, tiga panel Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menetapkan "kalimah itu bukan perkara asas dalam kepercayaan dan amalan Kristian serta penggunaannya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam".

Keputusan itu mencetuskan perdebatan di antara sarjana sementara masyarakat Islam antarabangsa melahirkan rasa hairan atas kecelaruan yang terjadi.

Reza turut tertawa kecil mengenangkan keputusan mahkamah sambil berkata, "bagaimana anda boleh membacanya dan tidak tertawa?"

Selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, Reza dalam kiriman Twitter menulis, "Bagaimana Malaysia boleh menjadi bodoh? Di Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, saya rasa Amerika telah melarang perkataan 'twerking' kepada mereka yang berumur 17 tahun".

"Larangan itu bukan sahaja menyebabakan penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu tetapi turut memberi ancaman kepada Islam.

"Rakyat Malaysia (orang Islam) sangat bodoh jika mereka mendengar penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, mereka pula yang menjadi Kristian. Maksud saya kebodohan kenyataan itu terserlah," katanya dalam temubual itu.

Reza mengulangi pendirian sarjana dan penulis Islam bahawa penganut Kristian dan Yahudi di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad merujuk Tuhan mereka sebagai Allah.

"Mengapa? Sebab mereka berbahasa Arab. Bukannya kerana kalimah Allah merujuk spesifik kepada Tuhan tetapi ia dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan. Ia bukan satu pandangan. Ia fakta," katanya.

"Jika ada Imam yang memberitahu Tuhan mempunyai nama. Mereka sesat. Allah bukanlah nama Tuhan. Umat Islam tidak memiliki kalimah itu."

Reza yang merupakan Profesor sejarah Islam berkata keputusan Mahkamah Rayuan telah menjadikan Malaysia bahan tertawa serata dunia.

"Ini melihatkan umat Islam di Malaysia perlu dilindungi oleh mahkamah kerana mereka tidak mampu berfikir sendiri. Kami mentertawakan anda.

"Ia satu pencabulan kepada kemodenan, Perlembagaan dan demokrasi sebuah negara Islam seperti Malaysia," katanya. – 22 Oktober, 2013.

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Friday, October 11, 2013

Kapal Terbang Melanggar Rumah Penduduk di Kudat (SABAH)

Kapal terbang milik MASwing terhempas dan melanggar sebuah Rumah penduduk kampung sinsan  kudat sabah.

Kejadian pada 10 Oct 2013 kahmis, menyebabkan 2 penumpang maut dan 2  lagi cedera parah (Sue Isabella Abi? selepas sebuah kapal jenis Twin Otter MASwing  membuat pendaratan cemas.

insiden ini adalah kali pertama berlaku menurut penduduk di kawasan tersebut yang ttinggal selama lebih 30 tahun.










♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Friday, October 4, 2013

Bawang merah bantu melebatkan rambut.

Rambut anda sering kali gugur setiap kali selepas anda bersyampu atau menggunakan sikat? Jangan risau. Ini adalah masalah biasa yang kebanyakan antara kita mengalaminya. Namun, jika kita terus kehilangan rambut setiap hari, bayangkan apa yang akan terjadi pada kita selepas beberapa tahun? Oleh sebab itu, kita perlu melakukan sesuatu dengan segera untuk memerangi keguguran rambut dan pada masa yang sama merangsang pertumbuhan rambut baru.

Tahukah anda bahawa bawang merah adalah ubat semulajadi yang menakjubkan untuk menangani keguguran rambut? Tambahan pula, ia juga berkesan meningkatkan pertumbuhan rambut anda. 

Anda mungkin terfikir bagaimana bawang merah yang berbau kurang menyenangkan ini baik untuk rambut bukan? Sebenarnya, rawatan melebatkan rambut dengan bawang merah bukan sahaja semulajadi tetapi ia juga selamat dan mudah untuk dibuat. Anda bukannya mendedahkan rambut dan kulit kepala kepada bahan kimia yang bahaya tetapi ia cuma bahan yang boleh mencegah keguguran rambut dan pada masa yang sama, melebatkan pertumbuhan rambut baru. 

Jadi bagaimana bawang merah membantu memerangi rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru? 

Secara fakta, bawang merah sangat tinggi dalam sulfur. Itulah sebabnya jus daripada bawang merah mampu merangsang pertumbuhan rambut kerana sulfur membantu dalam peredaran darah. Ia juga mengurangkan keradangan kulit kerana sifatnya yang antibakteria. Selain itu, bawang merah juga menjadikan rambut anda lebih kuat selain membuka liang-liang folikel rambut anda yang tersekat dan mencegah jangkitan kulit kepala. 

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan bawang sebagai rawatan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru: 

Menggunakan jus bawang merah yang mentah: 
Ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan manfaat daripada sulfur yang terkandung di dalam bawang. Masukkan beberapa bawang merah ke dalam pengisar anda untuk mendapatkan jus atau air bawang merah tersebut. Kemudian, letakkannya pada kulit kepala anda dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih sekiranya anda mahu dan bilas menggunakan syampu. Lakukannya sebanyak tiga kali seminggu selama satu atau dua bulan untuk melihat hasil dan diharapkan bersabar kerana ini adalah cara semulajadi. 

Menggunakan campuran bawang merah dan madu: 
Ambil satu perempat daripada jus bawang merah yang mentah dan campurkannya dengan madu. Gunakan gabungan dua bahan ini untuk mengurut kulit kepala anda setiap hari dan lihat perbezaan selepas beberapa minggu. Senang, bukan?

selamat mencuba******

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Thursday, October 3, 2013

Sejarah Kewujudan Suku Kaum Dusun Subpan

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM DUSUN SUBPAN
 MERISIK
 
Dilakukan oleh orang yang dipilih oleh keluarga
pihak lelaki setelah mendapat mimpi yang bagus selama tiga (3) malam dan apabila perempuan yang hendak di tunang itu belum ada yang punya barulah pinangan dihantar akan tetapi perlu di ketahui samada perempuan yang dirisik itu sudah BALIGH
(sudah datang haid) atau belum

TUNANG
         
Bagi perempuan yang belum BALIGH (sudah datang haid) hantaran tunang adalah sebuah Gelang Kuning (kawat),wang tunai RM1.00 dan seekor ayam betina.kalau perempuan itu sudah BALIGH (sudah datang haid) hantarantunangnya adalah wang tunai RM1.00 dan seekor ayam betina,pinangan tidak terus-terus diterima pihak lelaki kena tunggu selewat-lewatnya tiga (3) hari dan apabila pinangan tidak dikembalikan dalam masa itu bererti pinangan telah diterima,kemudian pihak perempuan akan menghantar wakil memberitahu pihak lelaki bersama dengan adat-
istiadat yang diminta bahawa pinangan telah diterima. Pada masa sekarang hantaran pinangan berbentuk wang tunai RM50.00,sebentuk cincin dan saputangan untuk membungkus benda itu tadi.dan setiap bulan sebelum kahwin si lelaki kena memberi belanja tunang.


HANTARAN

Mengikut adat-istiadat suku kaum Subpan pihak lelaki hanya perlu memberi hantaran sebanyak lapan kepala (waluh uluh) lebih kurang RM350.00 sahaja tetapi bagi anak bongsu pihak lelaki dikenakan sembilan kepala(siwoi uluh).bersamaan dengan RM500.00 bersama dengan adat-istiadat yang lain. Segala makan minum untuk orang ramai semasa majlis kahwin selama tiga (3) hari itu akan ditanggung oleh pihak pengantin perempuan, kerana bagi suku kaum Subpan mendapat menantu lelaki adalah seperti mendapat anak lelaki kerana mengikut adat,pengantin lelaki mesti ikut pengantin perempuan .

Pada masa sekarang hantaran perkahwinan adalah seperti kain sarung (tapih) ,dan lain-lain lagi hajat (dandi) yang diminta oleh kaum keluarga perempuan. Wang belanja majlis perkahwinan (belanja dapur) diminta oleh Pihak perempuan dari pihak lelaki dan nilainya hanya pihak perempuan yang tentukan,kerana di zaman yang serba moden ni apabila pasangan bertunang telah berkahwin pengantin lelaki tidak tinggal bersama mentua sebaliknya pengantin perempuan yang ikut suami dan tinggal sendirian kerana si suami bekerja tidak seperti zaman dulu pekerjaan yang ada hanyalah bertani,berladang dan menangkap ikan.
 
Apabila hampir tarikh perkahwinan, pasangan yang akan berkahwin itu tidak dibenarkan bertemu,apalagi pada zaman dahulu JODOH selalunya ditentukan oleh orang tua. Sebelum majlis kahwin diadakan pihak lelaki dan perempuan hendaklah memanggil seorang tua untuk (menilik putika) mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tarikh dilihat mengikut amalan tradisi orang tua-tua dahulu seperti contoh (katam kubol) yang menurut kepercayaan adalah masa yang bagus untuk mengadakan majlis perkahwinan.
                         
          MANGADAA-ADAA

Sehari sebelum majlis perkahwinan satu majlis yang dipanggil mangadaa-adaa akan diadakan dan pihak lelaki akan mengadakan majlis bagi pengantin lelaki tetapi pihak perempuan juga tidak boleh diam kerana apabila rumah pengantin lelaki memukul gong,rumah Pengantin perempuan juga kena memukul gong bagi mengelakkan cuaca yang tak diingini berlaku.

Suku kaum Dusun Subpan ada dua kategori majlis perkahwinan iaitu (pengantin) satu majlis yang penuh adat-istiadat dan banyak pantang larang,persandingan diadakan waktu siang dan seterusnya majlis keramaian. Tetapi pada masa dahulu apabila kedua belah pihak tidak mendapat persetujuan maka acara persandingan akan tertunda sehingga ada yang menjelang subuh baru acara persandingan dapat dilakukan,kerana kebiasaannya apabila ada ahli keluarga pengantin pernah berselisih faham maka ungkit-mengungkit akan berlaku dan kena diselesaikan oleh ketua kampung terlebih dahulu,sekiranya sudah selesai barulah acara perkahwinan dapat di jalankan.  Dan sepanjang malam semasa menunggu acara persandingan pasangan yang akan berkahwin tersebut tetidak boleh tidur kerana menurut kepercayaan sesiapa diantara mereka berdua yang tidur,bermakna dia akan meninggal duluan.

Kahwin (musilom atau mutarang) seperti  satu majlis yang digemari oleh orang pada masa ini kerana ianya tidak banyak pantang larang dan persandingan diadakan pada waktu malam dan seterusnya majlis keramaian.  Tetapi ada juga seperti kahwin pengantin iaitu apabila kedua belah pihak tidak mendapat persetujuan maka acara persandingan akan tertunda sehingga ada yang menjelang subuh baru acara persandingan dapat dilakukan, kerana kebiasaannya apabila ada ahli keluarga pengantin pernah berselisih faham maka ungkit-mengungkit akan berlaku dan kena diselesaikan oleh ketua kampung terlebih dahulu. Tetapi pada masa sekarang ramai yang mengadakan majlis persandingan seperti ini di waktu siang kerana pada malam mangadaa-adaa pihak rombongan lelaki kecuali pengantin lelaki akan datang untuk menyelesaikan semua urusan mengenai adat-istiadat Dan sebelah malam selepas
persandingan,majlis keramaian dengan mengenakan gaun dan kot serta pemotongan kek perkahwinan.  

MAJLIS MANANDOH

 Pada hari ke tiga (3) perkahwinan, satu lagi majlis akan diadakan iaitu majlis manandoh dan diadakan juga majlis (manukab batol) dimana acara minum di tapai tajau dengan ddahului oleh pasangan pengantin dengan pukulan canang di samping nya dan disertai dengan pukulan (basal) muzik tradisi kemudian diikuti oleh keluarga kedua belah pihak pengantin dan para tetamu dan seterusnya acara mangalai dan gabiluk diadakan.  Acara mangalai adalah acara yang membuat majlis menjadi riuh-rendah kerana setiap orang akan kena menari apabila sapu tangan yang digunakan terutama (dalundung) tudung kahwin akan di lepaskan di atas bahu seseorang tanpa mengetahuinya (seperti permainan passing puzzle) dan disitu lah pada (rara'a) gadis akan berlarian kerana takut terkena giliran menari. Pada keesokan harinya pasangan pengantin hendaklah membuka ladang (kecil sahaja sebagai simbol bermulanya kehidupan suami isteri mencari rezeki bersama)


ALAT-ALAT TRADISIONAL TERMASUK PAKAIAN YANG DIGUNAKAN SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN ALAT MUZIK (Basal)

Gong,(agung ayo,titingkoh) kulintangan dan canang
(babandil sarok-sarok,taringkok,lambat-lambat),
Bungkau(diperbuat daripada batang polod yang sudah tua), karuk (seruling yang diperbuat daripada bambu yang nipis dipanggil widu), Gabang (diperbuat dari potongan kayu dan ada yang dari tong deram besi) Untuk majlis perkahwinan muzik tradisional akan dimainkan mengikut turutan iaitu :


1.Ketibaan rombongan pengantin lelaki tiba

2.apabila pengantin menuju ke pelamin (pangaturan)

3.sesudah pengantin lelaki duduk di pelamin (pangaturan)

Irama muzik tersebut diantaranya diberi nama :-

Titik Pengantin,Titik Rapat-rapat,Titik Tantasuran,Titik Bila-bila dan banyak lagi.


PELAMIN DAN HIASAN

Tilam ,bantal (lunan) ,(bunga pengantin) bunga manggar,gadur,(sarapah)Tempat menyimpan siri pinang,(sampiran)Kain Pelamin yang diperbuat dari potongan-potongan kain bermacam warna,(lantaka) Meriam kecil ,(langit-langit) kain yang di pasang diatas pelamin kalau kahwin adat pengantin seluruh siling rumah mesti ditutupi oleh kain berukir tersebut, (kalambu) kain yang menutupi kawasan pelamin dan pengantin lelaki tidak dibenarkan masuk selagi belum membayar adat buka kelambu dan ada kelambu sampai beberapa lapis,(Lansoi) kain yang menutup bahagian depan pelamin (Bandira) pihak pengantin lelaki dan perempuan mesti ada bendera yang di buat khas kalau dahulu pengantin lelaki akan di bawa dengan rakit yang berhias)dan lain-lain lagi.

PAKAIAN PERKAHWINAN DAN AKSESORI LELAKI
       
(Sigar) Tanjak,(dalundung)Tudung perkahwinan yang berwarna merah dijahit dengan sulaman dan labuci,(piakawan)baju dari kain berwarna hitam dijahit sulam dan labuci ,(saduwor raragu) seluar,(kandit) kain yang di ikat di pinggang berwarna hijau dan merah di sambung di tengah-tengah,(Parantina) Kepala tali pinggang, (sabung lalom) baju dalam khas warna putih dan saputangan sebagai alas mencium tangan bakal mentua.

PAKAIAN PERKAHWINAN DAN AKSESORI PEREMPUAN


(Miglap) baju perempuan di perbuat dari kain yang berwarna merah,hitam,hijau,biru,kuning ) tapi warna hitam yang menjadi keutamaan ia di jahit (talambu) sulam dan (antilas)labuci ,(tapih) kain seperti kain songket yang ada campuran berbagai warna dan kebiasaanya orang suka pakai warna merah,(dalundung)di pakaikan di kepala pengantin dan pengapit ,(Rampih) sanggul rambut ,(Bubu'uk) biasanya orang-orang tua suka menyimpan rambut panjang kemudian dipotong dan di ikat dihujungnya dan rambut ini akan di sambung di rambut pengantin yang pendek untuk di jadikan sanggul.  Dahi perempuan akan di sapu dengan sejenis bahan campuran yang dibuat khas dari bahan semula jadi yang berwarna hitam (ayok),(sudai mas )sejenis perhiasan di kepala pengantin begitu juga dengan (Titimpok )cucuk sanggul, anting-anting (ba’ang)seperti bentuk kon bulat dan ada yang mempunyai permata,bentuk gong ada yang sampai 3 biji bersambung,(lilingkong yang berbentuk seperti spring) ,(Tambuku) Butang emas atau kerongsang berbentuk syiling bulat,hati dan kupu-kupu dan sebagainya,rantai (pokol) (bunga rampai) jenis bersambung-sambung ke bawah dan membentuk tiga segi dengan corak bulan dan bintang dan bertahtakan batu permata,manik dan rantai berloket syiling bulat dan gelang (golong) perak yang lebar berukir,kawat besi kuning dan emas, dan (pandulung) cincin.

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Pakatan gesa Petronas turut diaudit

Ekoran kenaikan harga minyak 20$ / litter, pakatan turut gesa pihak petronas untuk turut di Audit.
Pakatan Rakyat (PR) menggesa Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut mengaudit syarikat petroleum negara, Petronas kerana mendakwa syarikat berkenaan tidak pernah diaudit sejak 38 tahun lalu.
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 bukannya syarikat swasta dan seharusnya tidak terlepas daripada diaudit.
"Pagi ini selepas memeriksa Akta Petroleum 1974, walaupun Petronas ditubuhkan sejak 38 tahun lalu, jelas tidak pernah ada satu pun Laporan Audit Negara ke atas laporan kewangan syarikat minyak nasional ini.
"Laporan Audit Negara tidak dibenarkan untuk audit Petronas, daripada 1974 sehingga sekarang, kalau kita tahu, semua kementerian dan agensi kerajaan diaudit kecuali Petronas, kenapa Pertonas perlu dikecualikan,” katanya.
Nga turut menuntut supaya laporan Ketua Audit Negara 2012 yang diedarkan semalam dibentang untuk dibahaskan di Dewan Rakyat bagi melihat perbelanjaan Petronas.
Sebanyak 40 peratus keuntungan Petronas adalah sumber kewangan negara.
"Kita mengesyorkan Ketua Audit Negara yang dilantik Yang DiPertuan Agong, dibenarkan untuk audit dan laporan audit terhadap Petronas patut diserahkan kepada Dewan Rakyat untuk dibahas.
"Tetapi Akta sekarang ini hanya membenarkan seorang sahaja iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri kabinet tidak dibenarkan untuk akses kepada akaun (Petronas).
"Ini tidak lagi menepati keperluan kepentingan negara kita dan juga rakyat," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulis berkata, Petronas membayar RM732 billion kepada kerajaan Malaysia di bawah empat kategori.
Daripada jumlah itu, ia diperolehi daripada Dividen syarikat berjumlah RM278 billion, keuntungan petroleum RM24 billion, cukai pendapatan RM310 billion dan duti eksport RM20 billion.
"Jumlahnya RM732 bilion, ini adalah lebih besar daripada hutang negara, dibayar kepada kerajaan, tetapi oleh kerana Akta Kemajuan Pertoleum 1974, rakyat sebagai pembayar cukai tidak dapat tahu bagaimana kerajaan menggunakan duit ini dan bagaimana keadaan kewangan sebenar syarikat petroleum negara ini.
"Kami ingin mengesyorkan supaya kerajaan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 Seksyen 3 dan 5 supaya ia selaras dengan ketelusan,"

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


BR1M tidak perlu diteruskan, kata Dr M

1 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.
"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Okt ini.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.
Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.
"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.
Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.
Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama.

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Wednesday, October 2, 2013

Bumiputera tiada kualiti, bukan sektor swasta tutup peluang, kata penganalisis

Kualiti adalah punca kebanyakan Bumiputera tidak banyak berada dalam sektor swasta, kata penganalisis ekonomi, serta menegaskan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) bahawa Bumiputera tidak diberi peluang adalah menyimpang.
Penganalisis ekonomi yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Putrajaya sewajarnya menumpukan kepada aspek meningkatkan kualiti Bumiputera dan membuang sikap kebergantungan kepada bantuan kerajaan semata-mata.
"Contohnya dalam perkhidmatan awam yang hampir majoritinya Bumiputera, di manakah hasilnya?
"Kamu boleh lihat sendiri bagaimana mereka bekerja, adakah ia berkualiti?" kata Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui.
Lim berkata, sektor swasta bukan tidak memberi peluang kepada Bumiputera, tetapi faktor seperti kemampuan pekerja dan kualiti yang akan dihasilkan sering tidak dapat memenuhi kehendak majikan.
"Saya lihat mereka yang banyak mengganggur ini, salah satu sebabnya adalah mereka tidak boleh dan tidak mempunyai kualiti," katanya.
Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata sektor swasta mementingkan meritokrasi bukan menutup peluang kepada Bumiputera seperti yang dikatakan oleh menteri tersebut.
"Sektor swasta lebih fokus kepada meritokrasi, ini adalah kebiasaan yang berlaku.
"Persoalannya di sini bukan menutup peluang tetapi adakah wujudnya diskriminasi," kata Yeah yang tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan sektor swasta menutup peluang.
Yeah berkata, Putrajaya perlu mengambil langkah yang lebih proaktif terutama dengan memastikan keseimbangan kaum dalam sektor perkhidmatan terlebih dahulu sebelum menyalahkan sektor swasta sebagai punca Bumiputera masih ketinggalan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.
"Kerajaan perlu lebih prihatin dalam menawarkan peluang bagi sektor perkhidmatan supaya ia lebih menarik.
"Perlu wujudkan kepelbagaian etnik dalam tenaga kerjanya, apabila ia wujud barulah ia dapat memberi hasil terbaik kepada negara, bukan hanya kepada Bumiputera," katanya.
Sehingga Mei 2013, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa mendedahkan jumlah penjawat awam yang majoritinya Bumiputera adalah seramai 1.42 juta orang.
Dalam wawancara bersama akhbar The Edge yang disiarkan pada Isnin, Abdul Wahid mempertahankan agenda memperkasakan Bumiputera dengan menyalahkan pihak swasta dan mengatakan ramai pihak tersalah tafsir terhadap program pemerkasaan Bumiputera itu.


Abdul Wahid juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpatah balik daripada Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkannya pada 2010.
"Apa yang saya cuba katakan ialah wujud banyak peluang dalam sektor swasta tetapi malangnya banyak ahli perniagaan Bumiputera dan profesional merasakan mereka tidak diberi peluang yang adil dalam sektor swasta. Sebagai contoh, hanya sebilangan kecil Bumiputera di peringkat pengurusan atasan," katanya.
Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking (Maybank) Berhad itu, program pemerkasaan Bumiputera bertujuan memberikan peluang yang seimbang meliputi semua jenis perniagaan.
"Ini bagi memastikan Bumiputera mendapat peluang yang adil," katanya.
Baru-baru ini Najib melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang  menggariskan lima teras iaitu meningkatkan daya modal insan, memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat,  mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap  golongan Bumiputera.
Namun, pakar ekonomi terkenal Prof Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff menegaskan bantuan kewangan berasaskan kaum dan rancangan memperkasa Bumiputera akan tersasar matlamatnya seperti polisi terdahulu. – 2 Oktober, 2013.
Yahoo..

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Orang Melayu berasal dari Timur Tengah - Penyelidik sejarah

MELAKA, 1 Okt (Bernama) -- Kajian sekumpulan penyelidik sejarah mendapati bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah berbanding teori sebelum ini yang menyebut bangsa itu berasal dari Yunan.
Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kajian 20 tahun itu dilakukan Felo Penyelidik Utama dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman; Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Pengerusi Suara Pribumi Zaharah Sulaiman.
Beliau berkata penemuan berkenaan disokong bukti saintifik sekaligus menyanggah penemuan sejarah terdahulu.
"Dari segi genetik daripada kajian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, DNA kita tidak sama dari negara di utara khususnya dari Yunan, DNA orang Melayu ini sama dengan orang Timur Tengah.
"Kajian ini penting kerana DNA menentukan keturunan dan asal usul kita, penemuan baharu ini amat kuat dan boleh dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Serantau Asal Usul Melayu Menelusuri Tunjang Melayu di sini, hari ini.
Mohd Ali berkata hasil kajian berkenaan telah dibukukan dan bakal diterbitkan untuk tatapan umum.
Sementara itu, Dr Nik Hassan Suhaimi berkata teori bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah juga dapat dibuktikan melalui tiga lagi pendekatan kajian iaitu ethno-linguistik (bahasa), turun naik paras laut (geologi) dan kebudayaan material (artifak).
-- BERNAMA
dipetik dari Yahoo

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥