Saturday, October 8, 2016

Bersalin Selepas Tiga Hari Disahkan Mengandung




"Mustahil...tak mungkin dan menipu." Itu antara tomahan diterima Zaidatun Akmam Azmi, 26, sebaik memberitahu ahli keluarganya mengenai kandungan yang berusia 39 minggu.
Berita mengenai kandungan itu bukan tidak diterima oleh keluarganya, tetapi mereka terkejut kerana sebelum ini Zaidatun Akmam bukan saja tidak bercerita pasal kandungannya, malah langsung tidak pernah menunjukkan perubahan atau tanda-tanda yang dirinya mengandung.
Lebih sukar diterima akal yang waras, apabila Zaidatun Akmam memberitahu, beliau sendiri tidak sedar selama ini dirinya mengandung dan hanya mengetahuinya apabila kandungan mencecah sembilan bulan. Padahal, ia bukanlah pengalaman kali pertama beliau menimang cahaya mata.
Lebih mengejutkan, selang tiga hari daripada disahkan mengandung oleh pihak hospital, wanita itu terus bersalin.
Zaidatun Akmam atau lebih mesra dengan panggilan Zai berkata, beliau tidak sedar perubahan fizikal dirinya kerana sememangnya berbadan besar dan tinggi serta mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.
Bagaikan mimpi
"Semuanya bagaikan mimpi dan berlaku dengan pantas. Pada 23 Februari lalu, saya mengalami sakit perut yang teruk dan suami membawa ke klinik untuk pemeriksaan.
"Pada pemeriksaan pertama doktor memberitahu, berkemungkinan saya mengandung dan saya memberi reaksi dengan mengatakan tidak mungkin kerana saya tidak mengalami sebarang simptom orang mengandung. Tiada alahan, tiada sebarang sakit atau mudah letih seperti yang saya pernah alami saat mengandungkan anak yang pertama, malah suami juga tidak sedar dengan perubahan fizikal saya," katanya ketika ditemui FAMILI baru-baru ini.
   Zai berkata, sepanjang tempoh sembilan bulan hamil dia bergerak seperti wanita normal dan sering melancong bersama suami, malah baru-baru ini beliau sempat berjalan ke Bukit Bendera di Pulau Pinang.
Laluan ke kawasan peranginan itu juga dikatakan berbukit bukau dan sepanjang percutiannya itu beliau sedikit pun tidak mengalami sebarang kesakitan mahu pun mengadu letih.
"Saya bersyukur kerana dianugerahkan bayi ini justeru nama yang diberi adalah Muhammad Iman Faidi iaitu Faidi yang membawa maksud 'kurnianku'.
"Faidi kini berusia 12 hari dan saya masih dalam pantang, Allah mempermudahkan segala urusan walaupun saya tidak sempat membuat sebarang persiapan menyambut kelahirannya.
"Saya mengalami komplikasi yang teruk sewaktu melahirkan anak yang pertama, termasuk pendarahan dan bayi tidak bergerak serta doktor juga mengatakan bayi mempunyai peluang yang tipis untuk hidup, namun saya percaya kepada kebesaran tuhan yang mempermudahkan segala-galanya. Walaupun saya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan kedua-dua anak ini tetapi ia adalah pengalaman yang cukup bermakna," katanya.
Dituduh mengada-adakan cerita
Zai berkata, saat melahirkan Faidi suami tidak berada di sampingnya kerana doktor menyangkakan beliau akan bersalin pada 26 Februari.
"Bayangkan, tiga hari sebelum kelahiran kami dikejutkan dengan berita saya mengandung dan dalam tempoh beberapa hari saja bayi dilahirkan.
"Dalam pada saya bersyukur dengan anugerah bayi yang dikurniakan ini saya juga sedih kerana seandainya berita itu diketahui lebih awal pelbagai persediaan dapat dilakukan lebih-lebih lagi pengambilan makanan berkhasiat seperti asid folik yang baik untuk perkembangan bayi dapat diberikan," katanya.
Kisah Zai ini dikongsi menerusi akaun Facebook miliknya dan ia menerima pelbagai reaksi dan terus menjadi viral dalam kalangan penggunanya.
"Saya mula mengarang kisah saya ini di Facebook sehari selepas bersalin dan waktu itu masih berada di hospital. Siapa sangka saya mendapat maklum balas dari ramai pihak, lebih-lebih lagi pasangan yang belum memiliki cahaya mata. Mereka menjadikan kisah saya sebagai sumber inspirasi dan saya menerima pelbagai mesej di Facebook bertanyakan perkembangan Faidi dan tidak kurang juga yang mendoakannya.
"Namun di sebalik kata-kata perangsang itu ada juga yang menuduh saya menipu dan mengada-adakan cerita. Mahu saja saya katakan kepada mereka yang saya sendiri sukar untuk mempercayai perkara ini apatah lagi masyarakat lain, namun yakinlah dengan kebesaran Allah dan ini adalah bukti kurniaan-Nya yang terindah buat kami sekeluarga," katanya mengakhiri perbualan kami.
 Bukan kes ganjil
Sementara itu, FAMILI mendapatkan penjelasan dari sudut perubatan mengenai kes Zai.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Suhaimi Isa, berkata kes ini banyak berlaku kepada wanita mempunyai tubuh fizikal yang besar.
Katanya, kebiasaannya wanita berbadan besar cenderung tidak sedar dengan perubahan fizikal dialami berbanding mereka bertubuh badan yang kecil dan kurus.
"Kes ini agak ganjil, tetapi saya pernah berdepan dengan pesakit yang mengalami situasi yang sama. Tuduhan yang mengatakan mereka menipu atau menyembunyikan kandungan tidak benar kerana saya percaya kepada pesakit saya.
"Kebanyakan kes yang saya uruskan ibu dan bayi kedua-duanya normal...mungkin kuasa tuhan, alhamdulilah tiada sebarang masalah.
"Bagaimana pun pesakit dinasihatkan jangan mengambil mudah perkara ini. Sekiranya kandungan tidak diperiksa, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kita khuatir bayi yang dilahirkan nanti terlalu kecil, tidak cukup bulan, meninggal di dalam perut atau pun mengalami kecacatan serius," katanya. yang bertugas di Hospital Pantai, Ampang.
Kitaran haid tidak normal
Suhaimi juga berkata, perkara ini tidak atau jarang berlaku kepada wanita yang normal kitaran haid, sebaliknya mereka yang mempunyai masalah dengan haid berpotensi mengalami situasi ini.
   "Wanita yang berbadan besar ini cenderung mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal. Ada pesakit yang tidak datang haid hampir setahun justeru mereka menganggap perkara itu adalah normal dan mengambil sikap tidak endah serta tidak membuat pemeriksaan," katanya.
Justeru, beliau menasihatkan supaya wanita lebih prihatin terhadap tubuh mereka dan melakukan pemeriksaan sekiranya mengalami sebarang masalah berkaitan wanita.
"Ibu mengandung dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kandungan secara berkala. Ini bagi memastikan bayi serta ibu mengandung itu tidak menghadapi masalah sebelum atau ketika bersalin.
"Kita bimbang, ibu mengandung ini mudah diserang darah tinggi dalam waktu yang sama bayi di dalam kandungan pula memerlukan nutrisi yang berkhasiat.




♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Saturday, September 17, 2016

CARA MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA DENGAN TEPAT

salam sejahterah buat semua pembaca...

Memandangkan ada pembaca yang bertanya kepada saya mengenai cara mengira waktu subur wanita disini saya kongsikan beberapa cara yang mudah.

Kitaran haid dan ovulasi merupakan faktor yang paling penting untuk seseorang wanita yang harus di fahami. Dengan memahami kitaran haid dan ovulasi anda boleh merancang untuk hamil dataupun mencegah kehamilan bagi mereka yang tidak sesuai menggunakan mana-mana alat perancang keluarga.

Tubuh wanita sangat unik kerana setiap wanita ada kitaran waktu datang haidnya sendiri. Artikel ini bertujuan untuk membantu para pembaca untuk memahami dengan mudah tentang cara mengira waktu subur dengan tepat memandangkan kitaran haid wanita ini adalah topik yang ‘taboo’ dan memerlukan pemahaman yang jelas.

KITARAN HAID

Sebelum merancang untuk kehamilan, anda harus memahami perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid disebabkan oleh perubahan beberapa hormon yang penting dalam badan. Kitaran haid akan berlaku dimana lapisan dinding rahim akan mengecut dan darah bertumpah jika persenyawaan tidak berlaku. Kebanyakan tempoh kitaran adalah 28 hari. Sesetengah wanita mempunyai kitaran haid yang pendek iaitu 21 hari manakala sesetengah wanita mempunyai kitaran haid yang panjang iaitu 35 hari. Walaubagaimanapun, asalkan kitaran haid dalam lingkungan 21-35 hari setiap bulan dianggap normal dan teratur. Hari pertama pendarahan dikira sebagai hari pertama kitar haid bermula dimana pendarahan tersebut akan berterusan sepanjang kira-kira 7 hari.

  • Pada hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah meransang badan mengeluarkan lebih hormon FSH (Follicle Stimulating Hormone). Hormon FSH yang meningkat akan merangsang lebih kurang 20  folikel yang terdapat dalam ovari untuk membesar, tetapi hanya satu folikel saja yang akan terus membesar dan matang.
  • Ovulasi akan berlaku kira-kira pada hari ke-14 jika wanita mempunyai kitaran haid 28-29 hari. Tahap estrogen yang tinggi merangsang pengeluaran hormon LH (Luteinizing Hormone) .
  • Hormon LH merangsang folikel matang tersebut pecah dan mengeluarkan telur yang dibebaskan di kilang telur iaitu ovari dan disalurkan ke rahim melalui salur peranakan.
  • Selepas ovulasi iaitu fasa luteal, ovari akan memrembeskan hormon progesterone menyebabkan dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk telur yang disenyawakan melekat dan membesar dalam rahim.
  • Jika persenyawaan tidak berlaku, tahap hormon progesterone yang turun mendadak menyebabkan lapisan dinding rahim akan mengecut dan darah akan tumpah dimana kitaran haid mula berlaku.

WAKTU SUBUR

 Hanya Anda Yang Paling Pakar Tentang Kitaran Haid Sendiri
Tiada manusia yang lebih memahami tentang tubuh anda selain dari diri anda sendiri. Anda perlu menjadi pakar untuk memahami sepenuhnya kitaran haid sendiri.
Kebiasaannya, fasa kitaran haid ini terbahagi kepada beberapa fasa yang utama.

Fasa Pertama: Hari Pertama Hingga Ke 4
Fasa ini dikenali sebagai menstruation atau keluar haid. Ketika inilah haid mengalir keluar. Anda perlu mencatat tarikh hari pertama datang bulan di kalendar iaitu tarikh fasa ini bermula dan bila tarikh tamat haid kering. Sekiranya anda merancang untuk hamil, disarankan untuk membuat catatan pada setiap bulan. Ini penting untuk menganggar kitaran period anda berapa hari setiap bulan dan adakah haid anda teratur.

Fasa Kedua: Hari Ke 5 Hingga Ke 13
Fasa ini juga dikenali sebagai ‘follicular phase. Pada ketika ini, hormon estrogen seorang wanita akan meningkat dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding rahim. Manakala, telur yang berada di sekitar ovari pula akan mencapai tempoh matang. Ini adalah tempoh persediaan untuk kehamilan.  

Fasa Ke Tiga: Hari Ke 14
Pada masa ini proses ovulasi akan terjadi. Peningkatan hormon ‘Luteinizing’ akan merangsang telur untuk keluar dari ovari dan menanti untuk disenyawakan dengan sperma. Sekiranya sperma yang dinanti tak kunjung tiba, bermakna proses persenyawaan tak berlaku maka ia akan terus melalui tiub fallopio ke rahim seorang wanita.  

Fasa Ke Empat: Hari Ke 15 Hingga 28
Fasa luteal ini adalah satu fasa di mana sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon ‘progestrone’ akan dirembes keluar dari sarangnya iaitu corpus luteum. Rembesan hormon ini akan menyebabkan lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding rahim yang tebal ini akan runtuh dan proses kitaran akan berulang kembali seperti di Fasa 1.  


Setelah kita benar-benar mengerti tentang kitaran haid seorang wanita, maka sebenarnya waktu subur wanita itu adalah pada hari ovulasi itu terjadi atau semasa fasa ke3 bermula kerana telur telah dirangsang keluar dari sarangnya. Jika mahu dihitung dengan tepat, tempohnya adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama kita didatangi haid pada kitaran seterusnya atau bulan berikutnya.

Misalnya, jika tempoh haid kita adalah 28 hari, justeru waktu subur adalah:
28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu  subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 30 hari:
30 hari – 14 hari = 16 hari. Hari ke 16 adalah waktu subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah  33 hari:
33 hari – 14 hari = 19 hari. Hari ke 19 adalah waktu subur 


Biasanya, fasa ke 3 atau fasa luteal ini adalah tepat 14 hari selepas proses ovulasi berlaku. Justeru, hari subur ialah 14 hari sebelum hari pertama datang bulan pada kitaran seterusnya. Jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur, sangat mudah untuk membuat kiraan. Biasanya, individu yang mengalami kitaran haid yang tak teratur ini yang sukar untuk membuat anggaran. 
Kesimpulannya, jika anda ingin hamil. Pastikan anda ‘bersama’ dengan suami setiap malam atau siang pada hari ke 11, 12, 13,14, 15 atau 16. Ini sekiranya anda mempunyai kitaran haid 28 hari. Manakala sekiranya anda ingin membuat perancangan keluarga dan tak mahu hamil dalam waktu terdekat dengan cara semulajadi, anda boleh elakkan untuk bersama suami pada hari-hari yang disebutkan tadi.




Contoh Pengiraan
hari pertama haid : 30/ august hingga 5/sept = selama 7 hari
jangkaan haid berikutnya : 2/ october hingga 8 october
kitaran haid : 28 hari
ovulasi : 19hb biasa ovulasi akan berlaku salama 5 hari  di antara 18hb hingga 22hb
di antara hari ke 13  dari tarika last haid dan hingga hari ke 17 
dan hari ke 12 dari tarikn mula haid seterusnya hingga ke hari ke 16

bagi mereka yang mempunyai 22 hari kitaran haid, masa ovulasi adalah pada hari ke 7 dari tarikh last haid..hingga hari ke 11. tetapi jika tidak berkesan pada anda maka anda boleh mencuba cara di atas.


semoga membantu kepada mereka yang hendak merancang untuk mendapatkan cahaya mata..




♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Thursday, August 18, 2016

HAI-O ORGANIC SPIRILUNA

Hai-O Organic Spirulina


KANDUNGAN SPIRULINA?

Organic Spirulina ini mengandungi unsur Apogen®, iaitu sekumpulan protein yang diekstrak daripada alga untuk menjaga dan menjamin kesihatan susuk badan. Kajian Apogen® turut memperoleh paten daripada Amerika Syarikat (No. US 6346408) dengan terbitannya dalam Journal of Medical Virology 70: 119-125 pada Mei 2003 

Spirulina mempunyai kandungan protein yang tinggi dan lebih 60% daripadanya ialah protein sayuran mudah dicerna. Ia juga mengandungi ‘fitonutrien’ seperti phycocyanin, polisakarida dan sulfolipid yang dapat meningkatkan sistem keimunan tubuh dan mungkin berupaya untuk mengurangkan risiko jangkitan, kanser dan penyakit auto immune. Ia kaya dengan karotenoid semulajadi, iaitu sejenis anti pengoksidaan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel dan mengurangkan risiko kanser. Ia mengandungi klorofil yang membantu badan kita menjalankan penyahtoksikan. Ia juga mengandungi zat besi, zat galian dan asid lemak penting yang jarang didapati.

KELEBIHAN SPIRULINA

Spirulina merupakan salah satu makanan yang paling produktif di dunia. Spirulina menawarkan lebih nutrien berbanding dengan makanan lain. Spirulina membekalkan protein sebanyak 20 kali ganda lebih daripada kacang soya dan 200 kali ganda lebih daripada daging lembu. Dengan pemeliharaan Spirulina, kita dapat membantu untuk menghentikan pemusnahan hutan bagi menjadikan kawasan penanaman makanan. Secara tidak langsung, dengan pengambilan Spirulina juga kita dapat menyumbang dalam pemulihan kesihatan planet kita ini.

Antara kelebihan spirulina yang dikenalpasti:

a) Membantu merawat tonik otak - anak2 bersekolah bagus amalkan
b) Membantu merawat kencing manis
c) Membantu merawat buah pinggang
d) Membantu merawat sakit sendi
e) Membantu merawat gout
f) Membantu merawat migrain
g) Membantu merawat barah
h) Membantu merawat gastrik
i) Membantu merawat membersihkan usus
j) Membantu merawat radang hati
k) Membantu merawat radang paru-paru
l) Membantu merawat anemia
m) Membantu merawat lukemia
n) Membantu merawat penyakit kulit
o) Membantu merawat ibu mengandung
p) Membantu merawat sakit jantung
q) Membantu merawat ibu menyusukan anak
r) Membantu merawat kanak-kanak
s) Membantu menambah tenaga
t) Membantu merawat darah tinggi
u) Membantu merawat luka
v) Membantu merawat melecur
w) Membantu merawat melancarkan darah
x) Membantu mencantikkan kulit
y) Membantu mempercepatkan proses penyembuhan
z) Membantu sistem ketahanan badan
aa) Melambatkan sindrom putus haid
bb) Mengelakkan penyakit sukar tidur
cc) Membantu menyegarkan tubuh
dd) Membantu melegakan batuk
ee) Membantu mengeluarkan kahak
ff) Membantu merawat lelah (asma)
gg) Membantu merawat penyakit nyanyok (alzheimer)
hh) Membantu merawat penyakit parkinson
ii) Membantu merawat penyakit tiroid
jj) Membantu mengurangkan tekanan (stress)
kk) Membantu merawat buasir


















♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


MIN CAFFE / MINERAL COFEE

Min Kaffe


Min Kaffe adalah minuman kopi segera keluaran Hai-O Marketing. Diformulasikan dengan adunan biji kopi Robusta dan Garam Buluh untuk menghasilkan minuman kopi yang enak dan kaya dengan garam mineral yang diperlukan tubuh.

Min Kaffe dipeket kecil agar mudah dibawa kemana-mana. Setiap kotak berharga RM33 (Semenanjung) atau RM34 (Sabah/Sarawak) mengandungi 20 peket minuman.


Min Kaffe semakin dikenali dan diminati di seluruh Malaysia serta luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia termasuklah negara Eropah dan Timur Tengah. Ia bukan sahaja memberi anda kepuasan kopi sebenar malah manfaat kesihatan yang tidak ternilai.

Ramai rakyat Malaysia telah mencuba dan terus meminum Min Kaffe kerana ia membantu mengurangkan masalah kesihatan yang dihidapi seperti masalah penghadaman, senggugut, gastrik dan sebagainya.

Ramuan Utama Min Kaffe

Min Kaffe menggunakan biji kopi jenis Robusta yang berkualiti tinggi diimport dari Vietnam. Vietnam adalah pengeluar terbesar dunia kopi Robusta dan kedua terbesar selepas Brazil pengeluar kopi dunia. Kopi Robusta adalah diantara beberapa jenis kopi terkenal seperti kopi Arabica dan Liberica. Kopi Robusta lebih diminati kerana aromanya yang lebih harum dan rasanya yang lebih pekat.

Selain itu, kopi Robusta mengandungi sejenis protin dipanggil 'chlorogenic acid' yang bersifat anti-obesiti dan dapat mengurangkan penyerapan gula dalam darah. Kopi Robusta juga mengandungi kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding kopi jenis lain, dan sudah pastinya ia akan memberi tenaga dan kecergasan mental yang maksimum untuk memulakan hari anda.

Ramuan kedua yang menjadi rahsia kebaikan Min Kaffe ini adalah Garam Buluh. 
Garam Buluh Hai-O yang diimport oleh Syarikat KAEAM Trading dari Korea Selatan sangat popular dengan keaslian dan kandungan khasiat yang tinggi. Garam Buluh ini sebenarnya sudah lama dimakan oleh masyarakat Korea sejak 1300 tahun dahulu sebagai ramuan dalam perubatan purba.

Cara pembuatan Garam Buluh adalah 100% organik dan bebas daripada sebarang bahan kimia dan logam berbahaya. Kini Garam Buluh diadun bersama menghasilkan Min Kaffe yang penuh kenikmatan dan kemewahan kopi sebenar.


 Kebaikan Meminum Min Kaffe

Banyak kajian merumuskan meminum kopi ada kebaikan kesihatan. Diantara kebaikan yang diperhatikan dikalangan peminum kopi berbanding golongan tidak meminum kopi adalah:

·                     kurang menghidap penyakit kencing manis (NIDDM), penyakit Parkinson dan        
         nyanyuk
·                     kurang kes sesetengah kanser, penyakit aritmia jantung dan stroke.
“There is certainly much more good news than bad news, in terms of coffee and health,” kata Frank Hu, MD, MPH, PhD, seorang profesor nutrisi dan epidemiologi di Harvard School of Public Health.

Selain nikmat dan kemewahan rasa minuman Min Kaffe, ada banyak khasiat iaitu:
·                     memberi tenaga dan kecergasan sepanjang hari
·                     menghilangkan rasa keletihan badan dan sengal sendi
·                     mengurangkan masalah sebu ulu hati akibat masalah gastrik
·                     membantu mengurangkan masalah sakit kepala akibat migrain
·                     membantu mengurangkan sakit senggugut
·                     membantu melegakan masalah kulit seperti jerawat badan dan ekzema
·                     mengurangkan alahan seperti resdung dan alahan kulit
·                     membantu mengurangkan masalah sukar tidur
·                     membantu anda tidur lena diwaktu malam
·                     mengurangkan masalah buasir dan sembelit
·                     khasiat garam buluh untuk membantu merawat penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dsb
 





Peluang Perniagaan Min Kaffe


Min Kaffe sememangnya bagus untuk kesihatan. Pasaran untuk minuman kopi sangat besar dan anda juga boleh mengambil peluang ini sebagai usahawan Min Kaffe. Selain untung runcit yang tinggi, anda juga diberi komisen jualan dan berpeluang melancong ke luar negara secara percuma.

Latihan serta bantuan untuk memasarkan produk Min Kaffe ini disediakan sepenuhnya. Hubungi saya untuk tempahan atau maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan ini:
 

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


BEIJING TE ZHI BAI FENG WAN / MAHARANI

Beijing Te Zhi Bai Feng Wan





Herba maharani


Herba maharani (beijing te zhi bai feng wan di gelar juga herbakebahagiaan rumahtangga dan perangsang. Antara khazanah perubatan dan amalan kesihatan yang tertua khusus untuk wanita. Ramuan khasnya telah menyerlahkan kehebatan dan keterampilan wanita sehingga kini. Herba maharanimasih tetap menjadi pilihan utama dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita di seluruh dunia. Amalan berterusan dan manfaatkan kesihatan keseluruhan.

Beijing te zhi bai feng wan adalah berasal daripada formula tradisional bai feng wan pada masa dinasti ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke beijing tong ren tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing te zhi bai feng wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.


Apakah itu beijing te zhi bai feng wan?

Preskripsi asal beijing te zhi bai feng wan adalah berasal daripada formula tradisional bai feng wan pada masa dinasti ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke beijing tong ren tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.

Ramuan utama

Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, concha ostrea gigas, cornu cervus nippon, radix astragalus membranaceus, radix panax ginseng, rhizoma cyperus rotundus, radix angelica sinensis, radix paeonia lactiflora, radix rehmannia glutinosa, rhizoma ligusticum chuanxiong, radix salvia miltiorrhiza, rhizoma dioscorea opposita dan radix giycyrrhiza uralensis.

Kesan utama

Beijing te zhi bai feng wan dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.

Adakah ia panas??

Tidak. Dicadangkan supaya meminum air dengan banyak untuk membantu penyerapan beijing te zhi bai feng wan oleh badan.


Sesuai untuk siapa??

Lelaki dan wanita turut boleh mengambil.
Tidak dicadangkan ibu mengandung kerana hormon ibu mengandung tidak stabil dalam tempoh mengandung.
Kanak-kanak juga tidak dicadangkan.


Formula yang unik

Mengikut rekod perubatan dari dinasti ming, bai feng wan berasal dari dinasti tang. Semasa pemerintahan dinasti qing, pakar dari hospital maharaja telah melakukan kajian dan memperbaiki kandungan 'wuji' (sejenis ayam hitam) bai feng wan , satu produk asli negeri china dan seterusnya melantik tong ren tang sebagai pembekal tunggal kepada kaum kerabat maharaja. Malahan maharani ci xi sendiri mengambil makanan tersebut sebagai penyubur dan awet muda. Seterusnya tong ren tang te zi bai feng wan sehingga hari ini telah dipamerkan dalam muzium istana larangan di peking.


Ubat herba tradisional cina ini mengandungi 20 jenis ramuan berharga termasuklah pati ayam hitam (bai feng wan) sebagai ramuan utama. Ayam hitam ni nama saintifik dia gallus gallus domesticus juga dikenali sebagai ayam selasih atau ayam cemani atau ayam didik (dikalangan masyarakat melayu dan indonesia (waah.. Banyaknya nama).

Ayam hitam ni memang digunakan sebagai amalan perubatan tradisional orang melayu, indonesia dan cina. Banyak khasiatnya ayam hitam atau ayam selasih ni untuk wanita terutama yang telah berkahwin dan melahirkan anak.

Ayam hitam ni memang rupanya hitam legam. Bulu of course la hitam. Kulit, mata, paruh, kaki termasuklah daging dan tulang pun kehitaman jugak. Benda berkhasiat memang biasanya nampak tak sedap kan.


Antara fungsi hebat

Menyelesaikan masalah wanita dan remaja (keputihan, peredaran haid & senggugut ) 
Menguatkan dan mengecutkan (otot-otot rahim, sistem peranakan dan amalan selepas bersalin) 
Melegakan masalah (sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dalam badan, lenguh-lenguh kebas dan urat saraf. 
Sistem organ dalam tubuh akan berfungsi dengan baik (anti penuaan, awet muda, kecantikan dan kesuburan) 
Menegang dan memberi keanjalan pada kulit (payu dara, ovari, kawasan perut selepas bersalin & pinggul) 
Meningkatkan kadar metabolisma ( sel darah, minda, tekanan darah, menghilangkan kelesuan & kebahagiaan kepada pasangan)


Cara pengambilan

Kuantiti dalam sekotak herba maharani = 6 bebola  = 300 biji kecil pil herba
Sebaiknya mulakan dengan 1bola (50biji), 2kali sehari (pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur)-25biji setiap kali pengambilan dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral. Jika tak tahan juga, kurangkan dos kepada 10-15 biji setiap kali pengambilan.
Sebaiknya mulakan ambil herba maharani hari pertama selepas period (datang haid).

=> jika ambil 25 biji = 50biji/1bola sehari..6 hari 
=> jika ambil 15 biji = 30biji sehari..10hari
=> jika ambil 10 biji = 20biji sehari...15 hari

Sebulan amalkan satu kotak herba maharani sahaja sudah mencukupi . Setelah habis sekotak, hentikan makan herba maharani seketika hingga period seterusnya datang. Jangan makan di waktu period. Lepas period ulangi cara makan yang sama.

Ambil mestilah bersama air suam.

PERHATIAN:
Ibu mengandung dilarang mengambil.
Dilarang mengambil makanan yang mentah dan sejuk dalam tempoh pengambilan ubat.
Tidak sesuai diambil ketika selsema.
Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.


Secara umumnya sesuai untuk menyelesaikan masalah berikut;

-bagi yg susah utk pregnant; dapat meningkatkan dan mengaktifkan hormon progesteron dalam badan, menyuburkan rahim, stabilkan mestruation, memanaskan badan
-melegakan kesakitan akibat senggugut
-mengatasi masalah keputihan
-menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur
-menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
- melambatkan menopous
-melancarkan peredaran darah
-meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
- melegakan lenguh2 sendi/sakit pinggang dan atasi lemah2 badan
-mencantikkan kulit
-menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
-menyuburkan badan sebelum dan selepas bersalin (bagus untuk berpantang)
-meningkatkan rangsangan, kebahagiaan kepada pasangan
- mengatasi masalah berpeluh waktu malam
- sesuai bagi yg tak tahan sejuk/dalam aircond



Status halal dan kelulusan kkm
(gunakan tanpa was-was)
Diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia (kkm) – mal 20014419t

Kisah benar disebalik sejarah herba maharani

Ada kisah benar bagaimana seorang gundik boleh jadi maharani dengan khasiat maharani ni

Saya suka sejarah herba maharani ni... Sgt hebat.. Sebenarnya ci xi adalah gundik maharaja. Dan maharaja ada 3000 gundik at one time (can u imagine, kalau pun seorang tiap malam - seorang gundik hanya berjumpa maharaja sekali dalam hampir 10 thn!!). Dan tabib akan memastikan gundik2 ni bjumpa maharaja di hari-hari yang tidak subur (logik la kan, karang beribu pulak anak maharaja..hik). Maharaja hanya ada anak ngan permaisuri jerk. Tapi ada seorang gundik ni, maharaja mesti mau jumpa dia every week.. Dan beliau adalah ci xi.

Dah tiap minggu jumpa, maka ci xi pun mengandung dan akhirnya melahirkan anak lelaki. Semasa anak dia 8 thn, maharaja gering dan mangkat. Oleh kerana anak2 maharaja dgn permaisuri semuanya perempuan, maka anak ci xi diangkat menjadi maharaja. Jadi ibu maharaja di panggil maharani... Tu le pasal di panggil herba maharani - kerana hasil amalan memakan herba inilah, maharaja asik dok teringat-ingat je kat dia..huh..

Maharani ci xi mangkat di usia 90thn.. Dan yg surprisenya, baginda masih dtg haid. Maksudnya dia tak di mamah usia kerana hormon kecantikan (estrogen) masih lagi tinggi pengeluarannya. Masa mula-mula dengar tu sy macam tak percaya, tp pastu dah berjumpa dgn makcik berusia 70thn, masih lagi ada haid.. (dan time tu dia br bernikah dgn jejaka 40-an).. Tau tak kenapa sy boleh tau kisah dia? Sb biz partners sy, k shima pakaikan dia premium beautiful dan supply herba maharani kat dia... That's prove, kita boleh lambatkan putus haid..

Memula tak paham, pastu baru .. Ooooh...  Patut la dia bole jadi maharani... ;):)

Testimoni keajaiban herba maharani

Saya share testimonial dari beberapa website.  Salah seorang pengedar bai feng wan (bfw) atau lebih dikenali sebagai herba maharani dan jamu-jamu lain. Dari testimoni2 yg banyak nih, sy dpt rasa dulu group pn lela ni concentrate kat maharani,... Kalau berminat, boleh dapatkan dr saya, stok baru sampai... Mmg hott!! Mantap ! Mantap ! Mantap!

Adik angkat lela mengalami masalah keputihan dan period yang tak stabil, kadang-kadang period datang lambat dan kadang-kadang datang period terlalu awal. Dia bertanya pada lela supplement apa yg perlu dia amik untuk kurangkan keputihan dan masalah period tak menentu, dengar je masalah keputihan dan period tak regular ni lela teru cadangkan dia amik herba maharani, u all nak tahu apa yg berlaku??? Selepas 2 kali pengambilan herba maharani, adik angkat lela cakap dia dah datang period. Sah..maharani ni memang superb dan yang penting kalau kita makan herba maharani ni, badan akan rasa segar dan cergas jerk.

******************************

Testimoni 1


Saya nak kongsi pengalaman ngan u all pasal maharani nih...xtau lah korang biasa dengar ke tak tapi yg pasti benda nih tengah top sekarang...mula2 my sister in-law yg offer kat i...i try lah..dan i trasa kesannya menakjubkan...dan i pun ask my family semua try...dorg try pun cmtu gak..i pun promote kat kengkawan...pun camtu..antara kesan2 yg dorg alami ialah, yg sorg tu dah lama kawin tapi xde zuriat..mcm2 dah dia cuba...lepas dia makan maharani ni dlm 3 kotak..(xhabis pun) dia mengandung..(alhmdllah-kuasa allah) tapi kurang2nya kita iktiar kan...

Adik ipar i, dia sakit2 lutut, sendi2 dan migrain yg teruk skali..mlm xleh tidur...i bagi dia try...alhmdllah..sakit2 berkurangan dan skrang xde masalah lagi..dia masih lagi continue..my officemate lak..dia baru 1yr bersalin...kesan jahit dia masih terasa bila dia bersama ngn hubby..pas dia mkn maharani ni...dia xsakit lagi malah bertmbah sedap.my mom, biasalah dah veteran kan...haid bulanan dia makin hari makin kurang...dan pas dia amalkan maharani ni, haid dia dah normal..dan banyak seperti biasa...mcm2 lagi kesan dan kehebatan nya...thats y i nak kongsi ngan u all semua...

**sumber testimoni dr salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 2

Jiran saya, berusia akhir 26tahun, berat badan saya anggarkan 80kg , tinggi 160cm, menghadapi masalah haid yang tak menentu. Datang haid sekitar 7 - 8 bulan sekali. Lebih kurang 2 kali setahun je la dia period... Saya syorkan ambil herba ni, mulanya dia kata , dah try dah..tapi tak de perubahan. Bila saya tanya , dia kata cuma ambil 5 biji kecil sekali sehari. Saya sarankan dia ambil 25biji , saya kata , makan waktu malam nanti, sebelum tidur, (mungkin dos tak cukup memandangkan saiz badannya yang agak besar). Keesokannya, dia period.

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 3

Office mate hubby saya. Masalah keputihan. 3 hari selepas pengambilan (10biji sehari), 'discharge' keluar dengan banyak, bertukar warna menjadi kekuningan. Saya sarankan pengambilan berterusan. Selepas beberapa 'bola' , discharge berkurangan dan semakin pulih.

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 4

Pelanggan saya. Untuk amalan selepas bersalin. Dia mula mengambil pil maharani ini selepas seminggu melahirkan anak. 25 biji pagi dan malam. 7 kotak sepanjang berpantang. Tidak mengambil lain-lain herba, berurut, bengkung bertungku tu buat lah.. Dalam minggu pertama pengambilan, air susu (badan) bertambah, muka tidak pucat (berseri). Terasa sihat dan bertenaga sepanjang berpantang.

Katanya juga, mak bidan yang mengurut pun tegur, terkejut dan bagitau peranakan dia dah naik semula. ( bukan tokok tambah ni..mak bidan tu pun terus nak menjual herba ni ). Bayinya pulak (yang minum susu badan), mula-mula tu cirit-birit sedikit, (waktu ini dia hanya ambil 1x sehari sahaja). Selepas semua dah okay, pengambilam seperti biasa.

Apa yang boleh dilihat pada bayinya ialah kulitnya tidak banyak ruam seperti sesetengan bayi yang baru lahir. Istimewa untuk bayi yang menyusu badan apabila ibu mengamalkan herba ini, kulit anak akan jadi lebih cantik dan licin, anak dapat imunisasi, antibodi menjadi kuat. Tidak mudah jatuh sakit.

** sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 5

Pengalaman ibu saya sendiri. Masalah sakit kaki dan lutut. Bekerja yang memerlukan banyak berdiri dan pergerakkan disamping mempunyai berat badan yang lebih , (gemuk la tu ) . Saya bagi je dia sekotak.. Tak habis pun lagi sekotak tu, dia call saya, dia kata perut dia terasa tegang dan kemas, bangun tidur pagi, tak rasa sakit lagi pada tumit... Bengkak pada kaki semakin berkurangan. **ramai lagi mak cik - mak cik yang sakit lutut puas hati dengan produk ni**

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 6

Ibu mertua ku.. Umur 51 (sewaktu pengambilan), mungkin ramai yang dah putus haid pada usia ni, termasuk ibu mertua saya, yang waktu itu sebulan ada, 2,3 bulan tak ade..tak datang period la. Saya syorkan pengambilan biasa , 10 biji kecil setiap hari. Selepas pengambilan, period kembali seperti biasa setiap bulan sehingga kini usianya 54 tahun. Tapi waktu haid tu lebih pendek , 3 ke 4 hari.

Tambahan info tentang monopouse : ianya terjadi bila berakhirnya haid, ovari berhenti mengeluarkan telur sekaligus menurunkan kadar hormon estrogen (hormon wanita). Kekurangan estrogen pula akan mengakibatkan :-
-punca kekenduran kulit dan payudara
-esteoporosis (kerapuhan tulang)
-kekeringan di vagina (masalah kepada hubungan suami isteri)
-penyusutan tisu / otot vagina
-berisiko sakit jantung

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 7

Office mate lama saya, usia waktu itu 40 tahun, ada 2 org anak lelaki, yang bongsu berusia 13 tahun. Teringin nak dapat anak perempuan. Dah banyak mencuba pelbagai herba. Saya syorkan la herba maharani, pengambilannya secara berterusan dan istiqamah, alhamdulillah, tak berapa ingat mungkin selepas setengah tahun, kakak ni disahkan mengandung , tambah lagi seronok..dapat baby girl

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 8

Kawan baik saya. Masalah penat dan keletihan. Rutin hariannya yang buat 2, 3 kerja sehari. Start dari jam 5 pagi buat kuih untuk jualan, 9pagi - 6ptg di ofis, 8-10mlm mengajar kelas tuisyen. Saya kata dia 'gila kerja'. Masalahnya ialah, lepas jam 10 dah tak larat..letak kepala je, ,hubby melenting . So selepas pengambilan, ternyata kemampuan herba maharani memberi "extra energy" dan juga mengaktifkan hormon androgen (hormon seks) berkesan sekali. Tak lagi masam-masam muka ngan hubby. Bahkan katanya..lebih hebat dari sebelumnya. Tambahan info : 1 x hubungan suami-isteri = 30 minit berjogging = 45 minit berbasikal. So tak nak ke?

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 9

Baby...actually herba ni byk khasiat dia, bermacam2...especially utk pengaliran darah..saya makan ni bukan utk ngandung, cuma ambik khasiat dia jer utk tubuh badan yg sehat. Tapi kalo dah ngandung tu...alhamdullillah la.. It's good utk keputihan, dia memang mencuci rahim... Cuba la!!

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 10

Assalamualaikum....emm semalam baru saya suruh hb belikan. Dah ada kat umah pun. Lawanya kotak dan tempat letak tu..so yg macam telur tu kita kenappotong ekk. Belum lagi mencuba insyaallah esok baru nak mula makan. Sebab beli kakak ipar bagi tau yg adik dia makan dlm 2 kotak then alhamdulillah mengandung setelah sekian lama tak de anak (yg sulung dah 9 tahun). So tu yg semangat berkobar2 tu. Dan sambil tu nak servislah kot2 part mana yg longar kan .

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 11

Bagi yg sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, pil ni mmg khusus untuk kesuburan rahim, mengaktif dan meningkatkan hormon..membetulkan aliran darah..antara fungsi2 yg dpt membantu bagi mendapatkan zuriat.dinasihatkan amalkan selama sekurang2nya 4-5 bulan bagi mengetahui tahap kesesuaiannya..insyallah bagi yang sesuai..dgn izin allah akan mengandung dlm tempoh tersebut.

Bagi yg bermasalah dgn period pulak..kalau senggugut..bulan pertama selepas ambil kotak permulaan tu akan rasa sakit berkurangan, sekiranya terus amalkan makan bulan ke 2, ke 3 dan seterusnya..sakit senggugut akan hilang..boleh stop makan atau teruskan.

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 12

'Dear kengkawan....sut nak berkongsi pengalaman sut setelah memakan ubat ni (bfw)... Sebelum tu nak bagitau, sut tak dipengaruhi oleh sesapa untuk buat posting ni.... Saje je nak syer pengalaman...sut kawin lebih dari 6 tahun... Dan masih tak dikurniakan cahayamata.sut dah pergi jumpa dokter pakar dan dah buat segala macam treatment termasuklah iui beberapa kali...

Dalam masa yg sama, sut pun ada buat posting juga pasal masalah sut ni, kemudian sut terima pm dari riss mengenai bfw ni, then sut pon order, ecceli untuk sahabat sut yg sehingga kini pon belum ada cahayamata, konon-kononnya nak soh dia jadi experimental laa....., oleh kerana nak dijadikan cerita, sahabat sut ni tak dapat menerima bfw ni, kerana beliau sedang menjalani treatment dan katanya tak moh campur ubat... Nak tak nak, sut sendiri makan bfw ni... Tu pon lepas 1-2 bulan terbiar kat rumah.... Then lepas suami sut bising-bising pasal beli bfw tapi tak makan-makan..., then sut pon makan....,

Nampaknya al-hamdulillah, lepas makan bfw ni..., rasa badan makin cerdas & cergas plak..... Tapi sebelum puasa hari tu,.., sut ada pergi sengseh kat tempat sut..., konon-konon nak try tradisional cina punya cara gak... Tapi ubat cina tu tak makan sampai sekarang pasal suami dan ada sorang porumer namanya virgomal tanya... Halal ke ubat tu???? Memandangkan sut pon ragu-ragu kandungan ubat singseh tu..., sut tak makan... Just continue makan bfw ni..

Nak dijadikan cite lagi.... Hari isnin lepas sut berconfy ngan virgomal, sut bagitau pasal period sut yg sepatutnya dah datang tapi tak datang-datang lagi... Then sut decide, nak buat urine test..., semalam pagi buat urine test ni, ada 2 line.... Hati ni berdebar plak... Maklumlah.... Tak sangka positive....then tengahri semalam, sut pegi klinik nak double confirm betul ke sut pregnant..... Al-hamdulillah..... Dokter mengesahkan sut pregnant dah 5 minggu....akhir kata, sut nak ucapkan terima kasih pada riss kerana memperkenalkan bfw ni serta rakan-rakan yg memberi sokongan kepada sut.... Terutama kepada virgomal... Walaubagaimana pun kita tetap kena yakin pada allah....

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************


Testimoni 13

I baru try ari tuh... Lam bula pose ari tuh i dtg bulan dua kali tak tau kenapa lah... Mula saya mkn saya rasa pening2 n sakit kepala pastu saya berenti sebab dtg bulan balik ... Baru sebelas ari lepas period saya period balik....tapi mkn bai feng wan ni mmg best bdn rasa sedap ringan jer sebab dia keluarkan angin, senggugut pun takde..... Ingat lepas period ni nak mkn balik, saya pun sebenarnya nak try concieve jugak sebab dah lima thn ni takde lagik...

Quote 2: cincin nak share satu benda happy with all forumners..hmm.. First time cincin pegi seminar nak dengar pasal produk bai feng wan nih (masa tu belumlagik jadi member).. Abg tu ada cakap yg org makan supplement ni boleh mengaktifkan hormon.. Dan ada kes org yg dah lama wanting to get pregnant mengandung lepas few months makan bai feng wan (bfw) nih..masa tu memang my sis in law dah mencari2 byk benda utk pregnant.. Dia dah try fertility pills from dr for few years tapi tak menjadi..

Masa seminar tu cincin pun tanya la few things pasal bfw ni..and lepas tu terus cincin join and syorkan dekat sis in law..and semalam.. Tetiba my sis in law call... Dia dah pregnant 7 weeks! Dia makan bfw ni for 4 months!!! Amazing right.. I feel happy for her.. Dia lagila happy sebab dah tunggu for 4 years utk pregnant! Walaupun cincin tak jamin org yg makan supplement ni akan pregnant (tu kuasa tuhan kan) tapi supplement ni really helps.. :bg: cincin sendiri makan dan rasa perbezaan dia..

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************


Testimoni 14

June nak update sikit topik ni...bukan apa, saja nak kongsi pengalaman... Saya pernah ambik fertility pills dari doktor untuk pregnant tapi so far tak ada apa2..june juga pernah buat operation for pcos...tapi hampa. Cian!. Period tak teratur adalah masalah utama. So riss suggest utk try bfw sebelum topik ni dibuka. Last period saya pada bulan jun..so julai dan ogos takde..dah buat pregnant test, tapi kosong laa...

Then sept. Cincin suruh try makan..1 minggu pastu period ada semula...masa makan ubat tu..macam2 rasa badan ni...mungkin byk penyakit kot!!..angin je memanjang..bukan angin yg keluar je..angin yg pusing satu badan pun ada..kesian hubby saya melayan tengah-tengah malam..picit-picit sikit..now saya rasa nak makan lagi bfw lepas habis period nie..nak try utk aturkan period dan insya-allah kalau ada rezeki yg diberi...june teramatlah bersyukur..amin...

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 15

Mai start mkn last month beli dgn vouge. Ni tengah tunggu keputusan keberkesanannya. Tapi masa mula2 mkn tu memang rasa cam nak terkeluar sebab bau busuk. Badan memang rasa panas tapi yg bestnya bangun pagi bdn dah tak rasa sakit2 lagi.

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************

Testimoni 16

Baby..kita amik bfw ni untuk maintain sebenarnya..untuk melegakan sakit-sakit lepas bersalin dulu ...bukan untuk pregnant...tapi nak buat camne ambik sekotak je terus pregnant hehehe..mungkin tak de masalah kot...sebab benda ni menyuburkan rahim

**sumber testimoni dari salah seorang pengedar maharani**
******************************





♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥