Saturday, September 17, 2016

CARA MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA DENGAN TEPAT

salam sejahterah buat semua pembaca...

Memandangkan ada pembaca yang bertanya kepada saya mengenai cara mengira waktu subur wanita disini saya kongsikan beberapa cara yang mudah.

Kitaran haid dan ovulasi merupakan faktor yang paling penting untuk seseorang wanita yang harus di fahami. Dengan memahami kitaran haid dan ovulasi anda boleh merancang untuk hamil dataupun mencegah kehamilan bagi mereka yang tidak sesuai menggunakan mana-mana alat perancang keluarga.

Tubuh wanita sangat unik kerana setiap wanita ada kitaran waktu datang haidnya sendiri. Artikel ini bertujuan untuk membantu para pembaca untuk memahami dengan mudah tentang cara mengira waktu subur dengan tepat memandangkan kitaran haid wanita ini adalah topik yang ‘taboo’ dan memerlukan pemahaman yang jelas.

KITARAN HAID

Sebelum merancang untuk kehamilan, anda harus memahami perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid disebabkan oleh perubahan beberapa hormon yang penting dalam badan. Kitaran haid akan berlaku dimana lapisan dinding rahim akan mengecut dan darah bertumpah jika persenyawaan tidak berlaku. Kebanyakan tempoh kitaran adalah 28 hari. Sesetengah wanita mempunyai kitaran haid yang pendek iaitu 21 hari manakala sesetengah wanita mempunyai kitaran haid yang panjang iaitu 35 hari. Walaubagaimanapun, asalkan kitaran haid dalam lingkungan 21-35 hari setiap bulan dianggap normal dan teratur. Hari pertama pendarahan dikira sebagai hari pertama kitar haid bermula dimana pendarahan tersebut akan berterusan sepanjang kira-kira 7 hari.

  • Pada hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah meransang badan mengeluarkan lebih hormon FSH (Follicle Stimulating Hormone). Hormon FSH yang meningkat akan merangsang lebih kurang 20  folikel yang terdapat dalam ovari untuk membesar, tetapi hanya satu folikel saja yang akan terus membesar dan matang.
  • Ovulasi akan berlaku kira-kira pada hari ke-14 jika wanita mempunyai kitaran haid 28-29 hari. Tahap estrogen yang tinggi merangsang pengeluaran hormon LH (Luteinizing Hormone) .
  • Hormon LH merangsang folikel matang tersebut pecah dan mengeluarkan telur yang dibebaskan di kilang telur iaitu ovari dan disalurkan ke rahim melalui salur peranakan.
  • Selepas ovulasi iaitu fasa luteal, ovari akan memrembeskan hormon progesterone menyebabkan dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk telur yang disenyawakan melekat dan membesar dalam rahim.
  • Jika persenyawaan tidak berlaku, tahap hormon progesterone yang turun mendadak menyebabkan lapisan dinding rahim akan mengecut dan darah akan tumpah dimana kitaran haid mula berlaku.

WAKTU SUBUR

 Hanya Anda Yang Paling Pakar Tentang Kitaran Haid Sendiri
Tiada manusia yang lebih memahami tentang tubuh anda selain dari diri anda sendiri. Anda perlu menjadi pakar untuk memahami sepenuhnya kitaran haid sendiri.
Kebiasaannya, fasa kitaran haid ini terbahagi kepada beberapa fasa yang utama.

Fasa Pertama: Hari Pertama Hingga Ke 4
Fasa ini dikenali sebagai menstruation atau keluar haid. Ketika inilah haid mengalir keluar. Anda perlu mencatat tarikh hari pertama datang bulan di kalendar iaitu tarikh fasa ini bermula dan bila tarikh tamat haid kering. Sekiranya anda merancang untuk hamil, disarankan untuk membuat catatan pada setiap bulan. Ini penting untuk menganggar kitaran period anda berapa hari setiap bulan dan adakah haid anda teratur.

Fasa Kedua: Hari Ke 5 Hingga Ke 13
Fasa ini juga dikenali sebagai ‘follicular phase. Pada ketika ini, hormon estrogen seorang wanita akan meningkat dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding rahim. Manakala, telur yang berada di sekitar ovari pula akan mencapai tempoh matang. Ini adalah tempoh persediaan untuk kehamilan.  

Fasa Ke Tiga: Hari Ke 14
Pada masa ini proses ovulasi akan terjadi. Peningkatan hormon ‘Luteinizing’ akan merangsang telur untuk keluar dari ovari dan menanti untuk disenyawakan dengan sperma. Sekiranya sperma yang dinanti tak kunjung tiba, bermakna proses persenyawaan tak berlaku maka ia akan terus melalui tiub fallopio ke rahim seorang wanita.  

Fasa Ke Empat: Hari Ke 15 Hingga 28
Fasa luteal ini adalah satu fasa di mana sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon ‘progestrone’ akan dirembes keluar dari sarangnya iaitu corpus luteum. Rembesan hormon ini akan menyebabkan lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding rahim yang tebal ini akan runtuh dan proses kitaran akan berulang kembali seperti di Fasa 1.  


Setelah kita benar-benar mengerti tentang kitaran haid seorang wanita, maka sebenarnya waktu subur wanita itu adalah pada hari ovulasi itu terjadi atau semasa fasa ke3 bermula kerana telur telah dirangsang keluar dari sarangnya. Jika mahu dihitung dengan tepat, tempohnya adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama kita didatangi haid pada kitaran seterusnya atau bulan berikutnya.

Misalnya, jika tempoh haid kita adalah 28 hari, justeru waktu subur adalah:
28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu  subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 30 hari:
30 hari – 14 hari = 16 hari. Hari ke 16 adalah waktu subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah  33 hari:
33 hari – 14 hari = 19 hari. Hari ke 19 adalah waktu subur 


Biasanya, fasa ke 3 atau fasa luteal ini adalah tepat 14 hari selepas proses ovulasi berlaku. Justeru, hari subur ialah 14 hari sebelum hari pertama datang bulan pada kitaran seterusnya. Jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur, sangat mudah untuk membuat kiraan. Biasanya, individu yang mengalami kitaran haid yang tak teratur ini yang sukar untuk membuat anggaran. 
Kesimpulannya, jika anda ingin hamil. Pastikan anda ‘bersama’ dengan suami setiap malam atau siang pada hari ke 11, 12, 13,14, 15 atau 16. Ini sekiranya anda mempunyai kitaran haid 28 hari. Manakala sekiranya anda ingin membuat perancangan keluarga dan tak mahu hamil dalam waktu terdekat dengan cara semulajadi, anda boleh elakkan untuk bersama suami pada hari-hari yang disebutkan tadi.




Contoh Pengiraan
hari pertama haid : 30/ august hingga 5/sept = selama 7 hari
jangkaan haid berikutnya : 2/ october hingga 8 october
kitaran haid : 28 hari
ovulasi : 19hb biasa ovulasi akan berlaku salama 5 hari  di antara 18hb hingga 22hb
di antara hari ke 13  dari tarika last haid dan hingga hari ke 17 
dan hari ke 12 dari tarikn mula haid seterusnya hingga ke hari ke 16

bagi mereka yang mempunyai 22 hari kitaran haid, masa ovulasi adalah pada hari ke 7 dari tarikh last haid..hingga hari ke 11. tetapi jika tidak berkesan pada anda maka anda boleh mencuba cara di atas.


semoga membantu kepada mereka yang hendak merancang untuk mendapatkan cahaya mata..




♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


No comments:

Post a Comment