Tuesday, March 19, 2013

BERTEMAN DENGAN HANTU


hai hai hai..
 lama tak update blog..
nak dengar cerita ....

kali ni nak cerita pasal mimpi lagi pula :)
malam semalam saya ada mimpi pasal Hantu2..
 rasanya seronok sangat kalau dapat mimpi panjang ni hehehe..

Di satu lorong jalan saya sedang berjalan entah mahu ke mana, saya hanya berjalan
dan dalam perjalanan itu saya terjumpa beberapa manusia pelik kiranya seperti hantu tetapi bukan hantu..
 tidak pula dia menganggu saya, setiba di 1 pondok kecil dan saya singgah sebentar untuk bertanya jalan,( saya pun tak tahu jalan mana yang saya nak cari/ hendak ke mana)

Orang tua : jalan kat sini ni sunya dan tidak siapa yang jalan menuju di sana,
Saya : jalan cantik bersih kenapa pula tidak ada orang yang jalan,
siapa yang bersihkan jalan ni (dalam fikiran saya)

saya menuju di jalan yang bersih dan luas, Sunyi.. 
selepas melimpasi 1 pokok yang besar saya terjumpa perempuan serupa macam hantu
 tetapi dia tidak mengganggu saya, jalan ni sunyi perempuan serupa hantu itu cakap, 
tetapi saya jalan dan berjalan (korang perna nampak tak wayang berjalan semasa tidur??? 
semacam itu la keadaan saya yang tidak tahu ara tuju)

dalam 30 minit saya berjalan saya jumpa 1 simpang ke Kanan 
(keadaan sekeliling gelap gelita dan hutan belukar hanya lorong kanan sahaja bercahaya). 
saya ikut lorong kanan mendatar di bukit, pun tidak tahu sampai ke mana jalan kanan itu. 
sampai di hujung jalan,
tanpa perasaan saya menoleh kembali di belakan tempat di mana saya masuk simpang tadi,,
tiba2 pula ada seorang perempuan berdiri seperti orang macam saya tidak tahu arah tujuh,
selepas 3 Minit pula banyak perempuan berambut panjang tanpa baju seolah2 melekat di dinding jalan
 (seperti patung yang di gantung bersusun di dinding) sehingga di depan saya dan perempuan tadi itu seperti bermain game main cari2.. saya hanya melihat apa yang dibuat oleh perempuan itu..

Satu demi satu perempuan yang berdiri itu menarik rambut perempuan-perempuan yang tergantung dan bersusun di dinding jalanan.. Apa yang di cari oleh perempuan ni (dalam fikiran saya), ke 2 kali dia menarik rambut perempuan yang tergantung di dinding jalan dia pun berteriak dengan berkata BUKANNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!
ke 3 kali  begitu juga sehingga ke 8 kali dia menarik rambut perempuan yang tergantung di dinding jalan.. setiap kali dia menarik rambut setiap kali juga dia berteriak dan berkata  

BUKANNNNNNNNN!!!! 

TIDAKKKKKKKKK!!!!

Sebab setiap kali dia menarik rambut perempuan2 ada yang tercabut kepala, terbuka kulit kepala, putus badan sungguh ngeri apa lagi terkena tempias darah Gerrrrrrrrrrrr. saya masi tidak dapat menangkap dalam fikiran apakah yang di cari oleh perempuan ini.. tidak lama kemudian terdapat 3 lagi perempuan yang bergantung di dinding jalan yang belum di tarik rambutnya..
itu maksudnya perempuan itu semakin dekat dengan saya..
saya masi tidak berganjak untul melarikan diri dari tempat itu tetapi teliti melihat perempuan yang menarik rambut itu.. 

Perempuan yang menarik rambut itu terduduk seketika dengan tangisan, saya berdiri tegak seolah2 patung dan saya hanya melihat perempuan itu menangis. 
lebih kurang 20 Minit perempuan itu bangun berdiri dan menarik nafas panjang2 
dia menarik 2 lagi rambut antara perempuan yang bergantung di dinding jalan.. dia berteriak dan berkata TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!.
saya pula masi bengang apa yang hendak di cari oleh perempuan yang menarik rambut ni.. 
tinggal  6 lagi yang belum di tarik rambut..
kali ni perempuan itu menarik rambut perempuan yang tergantung di dinding jalan di depan saya.
Sejurus kemudian 1 badan perempuan yang di tarik rambut jatuh bersama- sama saya
 dengan perempuan yang menarik rambut sekalih..
 saya mencari perempuan yang menarik rambut tetapi tidak menjumpainya kerana keadaan belukar yang sangat gelap, saya memanjat bukit itu hingga sampai di simpang dan duduk berfikir sambil mengingati kali terakhir perempuan itu menarik rambut.

Rupanya dia di suruh mencari perempuan yang akan tertangal Satu Badan dari dinding bukit tersebut.
jika kurang dari 5 perempuan yang tidak di tarik rambut maka dia akan jatuh ke jurang yang gelap.
tetapi entah siapa kah yang menyuruhnya, 
tidak ada siapa2 di tempat itu kecuali kami berdua dengan perempuan yang tergantung di dinding.


PERGHHHHHH!!!!!!!! tersedar dari fikiran dengan nyanyian seorang budak.
Saya bangun berdiri dan berjalan menuju dimana tempat asal saya masuk ke simpang itu.
dalam perjalanan dengan iringan nyanyian budak, saya melihat seorang yang berwajah pelik dia hanya berjalan tanpa kata atau menoleh saya.. saya pula yang sibuk menoleh orang yang pelik itu..
tanpa sedar saya juga menyanyi  lagu yang sama dinyanyikan oleh budak tersebut..
saya seolah olah tidak ada perasaan takut, gementar, kesunyian, tetapi rasa enjoy pula, 
tidak lama kemudian saya sampai di tempat dimana suarah itu datang..
seorang budak pelik (tidak tahu perempuan ka lelaki) tangan di kaki kaki di tangan,, 
 tidak berapa jelas melihat mukanya.. budak itu sedang melambai dan saya balas dengan lambayan juga.

Sampai di pokok yang besar saya berjumpa lagi dengan perempuan tua serupa macam hantu itu dengan muka yang marah,
kali ini dia cuba untuk membunun saya dan saya sedaya upaya mengeluarkan tenaga untuk bidas pukulanya,
 ya saya berjaya melepasinya dan berjalan macam biasa dengan menyanyikan lagu yang di nyanyikan oleh budak pelik itu.


Di hadapan sekumpulan budak samseng melihat saya dan mereka bercakap antara satu sama lain,
 ada juga terdengar apa yang dikatakan oleh budak samseng seperti cantik, seksy, tangkap.
Saya berjalan macam biasa,dengan perasaan mungkin mereka mahu  merogol saya
tetapi setiba saya di tempat mereka berdiri. budak samseng itu pun berlarian  lintang pukang, saya pun hairan kenapa mereka lari, tadi cakap tangkap sekaring berlarian entah ke mana,

Hampir sesat kerana ada 2 simpang lagi simpang kiri gelap dan sempit simpang kanan terang sempit ada   kebun, saya pun menoleh kiri kanan mengenal pasti mana satu jalan yang saya lalui.

perghhhhhhh!!! aikkk kau ikut saya????
perempuan serupa macam hantu : buat muka :/ tanpa jawapan

Rupanya budak samseng tu lari kerana ada perempuan serupa macam hantu itu mengikuti saya :P .
saya pun mengambil jalan kanan dan sesiapa sahaja yang nampak saya mereka lari lintang pukang dengan berkata SAYA TIDAK BERSALAH KAN!!!!,
 perempuan serupa macam hantu itu pun mengejar mereka-mereka-mereka dan membunuh..
ada yang perempuan serupa macam hantu itu tertangkap dan berkata

SAYA TIDAK BERSALAH KAN!!!

MEMANG TIDAK BERSALAH TETAPI KAMU-KAMU-KAMU BERZINAH!!!!!!!!!
 perempuan serupa macam hantu itu menjawab dengan keras dan tegas..
saya duduk di pondok dimana saya singgah sebelum masuk ke simpang misteri itu..
perempuan serupa macam hantu itu pun ikut duduk sekali dengan saya.. kebetulan ada suami istri ke apa kaitan sedang tidur di pondok di mana kami duduk.  mereka terjaga dan  berkata

SAYA TIDAK BERSALAH KAN!!!
sambil meletakkan kepala di pangkuan perempuan serupa macam hantu itu.
  
Jawapan yang sama dari  perempuan serupa macam hantu.
MEMANG TIDAK BERSALAH TETAPI KAMU-KAMU-KAMU BERZINAH!!!!!!!!!.
Tangan perempuan serupa macam hantu itu mencari sesuatu dan perempuan serupa macam hantu mendapat kapak..perempuan serupa macam hantu itu mengangkat kapak itu dan memukul kepala lelaki yang meletakkan kepala di pangkuanya.

Saya duduk diam dan menyanyi dan menyanyi. ditemani oleh  perempuan serupa macam hantu.






THE END



♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


No comments:

Post a Comment