Wednesday, April 3, 2013

TEMUDUGA DAN TUGAS PEMBANTU TADBIR N17



Ha.. kali ni nak buat entry macam tajuk kat atas tu,
tetiba pula kan pasal jawatan di sektor kerajaan,

nak tulis ni pun pasal pada 1&2 April 2013 Kelmarin ada buat Temuduga Terbuka untuk jawatan
" Pembantu Tadbir N17" di seluruh sabah.
saya ada attnd temuduga tu di PPDK,"Pejabat Pelajaran Daerah Keningau" pada 2/April/2014

Sanggup juga jam 9pm dari kk balik keningau semata2 nak pergi attnd temuduga tu walaupun da sedia tahu keadaan di sana terlalu ramai orang tetapi oleh kerana saya orang keningau saya datang interview kat sana la. Padahal kat kk pun ada buat temuduga tu hehe.. org cakap pengorbanan,

Kira-kira jam6.58am /7.00am sampai di PPDK, itu pun da ramai orang maklum la temuduga terbuka kan pendidikal lagi pula sapa yang nak lepas peluang MENCUBA kan, saya pun tidak mahu lepas peluang

jam 8.00Am PPDK mulai buka pendaftaran sehingga 12Pm sahaja. Dah awal sampai kat PPDK jadi buka saja pendaftaran saya dan kawan saya hantar borang n Dlll document yang di perlukan.

So tunggu la untuk ujian computar, kira2 jam 1pm saya baru kena panggil untuk ujian komputer. fuhhhhhh da la lapar nak terkencing lagi pula,, sabar saja la da TURN kan. Padahal saya da balik dan balik dan balik tanya urusetia pasal borang saya, kawan pula bikin lemah semangat dan bikin hilang mood asik bawa pulang ke KK.

saya pun nak balik juga tp nak buat cmana kan da sampai separu jalan takan la balik dengan tangan kosong, hehehe memang tangan kosong pun selesai temuduga tp sekurang - kurangnya mencuba, datang kat sana memang niat nak temuduga kan.

Hehehehe sempat pergi hospital cek gigi kira nam cabut gigi paling dalam sebab ada gigi nak tumbuh.
tetapi doc tu cakap kan, gigi saya cantik semua termasuk yang nak di cabut dan tak perlu di cabut so biarkan saja,, cuma perlu tampal Doc tu cakap tapi saya tak nak sebab kannn comell. tak sakit pun.

Doc GIGI di keningau punnnn peramahhh suka saya di layan hehe.

Selesai di hospital saya cek nama saya, pum masi belum di pangil, perkara yg tadi pun di ulang tanya dan tanya dan tanya dan tanya last2 jam 9Pm juga nama saya di panggil. selesaiiiiiii la suda
then jam 11PM balik  dari Keningau to Kota Kinabalu :) tidur2 di tengah jalan,

tp masa kat temuduga tu jumpa dengan ramai kawan baru, sempat bercerita pasal hantu2 di laluan yang kami ikut balik ke KK, xda juga la yg menakutkan sepanjang jalan,

Hehehe cerita sampai ke sini pula~~~

Ok ni betul2 pasal "PEMBANTU TADBIR N17"

So kalau korang kena temuduga ni ha ni la bidang tugas  Pembantu Tadbir N17

** Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian

dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi
aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad
kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel,
perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan
maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).


** Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

Aspek Perkeranian

a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
- perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
- perkhidmatan, latihan dan kerjaya
- gaji, elaun dan kemudahan
- faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.
Itulah serba ringkas berkenaan deskripsi tugas
Pembantu Tadbir ni…

Bagaimana hendak prepare untuk hadiri temuduga N17?
ha kat bawah ni perlu di baca..

1) Buat preparation awal. Kaji apakah tugas bagi
pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas
di bahagian skop fungsi/bidang tugas.

Contoh kerjanya:
# urus punch kad staff di jabatan/unit
- siapa lewat, siapa MC
# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.
# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff
# Menaip dan buat surat/dokumen
# Jadi POSMEN
# Kadang-kadang jadi PA
# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..
# Jadi operator telefon..Berhubung dengan rakyat…
# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni

2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam. Ini
bagus, dan berguna masa ditemuduga. Saya sering
dimaklumkan ramai juga calon ditanya soalan
berkenaan pekeliling ini.
 Contohnya,
Ditanya berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal
cuti, pasal kenaikan pangkat, kenapa memilih jawatan tersebut.
 Tapi tak semestinya..
Ada juga yang tak ditanya pasal pekeliling ni.
Bagi saya, tahu basic-basic sudah memadai:-)

3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga
saja. Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan,
adab, air muka dsb nya. Untuk jawatan pembantu
tadbir ni, anda perlu kelihatan sentiasa ramah
sentiasa senyum. Maklumlah, tugas pembantu
tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan
ramai orang duduk di counter depan. 
So, kenalah sentiasa ramah,
senyum semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan
berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang
sesuai dengan jawatan ini”.

4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK.
Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?”
Apakebenda soalan macam tu? Maksud tersiratnya
” kenapa awak sesuai untuk jawatan N17 ini dan boleh
membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan
tugas?”. Haaa..Begitulah:-) Jawapannya mungkin
” Saya suka SENYUM kot tuan panel”. Soalan-soalan
sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud
tersiratnya.

5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan,
ekonomi dll. Baca je akhbar:-) Ni nak uji kita
peka dengan hal sekeliling kita atau tidak.
Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan
“1 MALAYSIA”. Seperti saya juga di tanya isu hangat di malaysia sekarang ni,
seperti PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, PEMBINAAN SEKOLAH,
MENJADIKAN SEJARAH SEBAGAI MATAPELAJARAN PENTING WAJIB LULUS 
UNTUK MENDAPATKAN SIJIL SPM SAMA SEPERTI SUBJEK BAHASA MELAYU. 
Study lah banyak mengenai isu semasa. Baca aje kat link ni.




♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


1 comment: