Tuesday, January 7, 2014

Permohonan BR1M 3.0 2014 Online Dibuka Disember 2013.

Berdasarkan pengumuman Bajet 2014 di sini, nilai pemberian BR1M 3.0 Bajet 2014 telah pun dinaikkan dan diperluaskan kelompok penerimanya. Ini semua dilakukan dengan bagi mengekang sedikit sebanyak kemungkinan kenaikan harga barang dan kadar inflasi berikutan pengumuman cukai barangan dan perkhidmatan (GST) & kenaikan harga minyak sebelum ini.

Permohonan BR1M 3.0 Terbuka Kepada 3 Kelompok :

1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah :
  • Nilai pemberian BR1M 3.0 RM650
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
2. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 – RM4,000 :
  • Nilai pemberian BR1M 3.0 RM450
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
3. Individu bujang yang bekerja & berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah :
  • Terima BR1M 3.0 sejumlah RM300
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
Perubahan yang di tambah pada penerima BR1M 3.0 2014  tahun ini,kesemua penerima 
BR1M 3.0 akan terima Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M bernilai RM50 yang akan melindungi anda, anda semua di sini dengan perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlakunya kematian atau hilang upaya kekal.
borang br1m 3.0
Klik Image Untuk Lebih Jelas

Borang Permohonan BR1M 3.0 2014 Secara Online & Offline?
Untuk sebarang pertanya lanjut mengenai borang permohonan BR1M 3.0 anda boleh hubungi br1m3@treasury.gov.my or call the hotline 1-800-222-50














♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


DAFTAR BR1M 2014 (3.0)

Rasanya da lewat wish kot kn tetapi nak wish jugak la 
Welcome 2014 Esok adalah misteri, hanya harapan yang akan tetap hidup menerangi gelapnya misteri. Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti karena itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum. Selamat Tahun Baru 2014.


Ok berbalik kepada tajuk di atas mengenai permohonan BR1M 2014 (3.0). Permohonan  BR1M 2014 (3.0) telahpun di buka sejak December 2013 tetapi memandangkan masi ramai yang bercuti dan menyambut christmas dan new year mungkin  kitorang suda lupa perkara yang di tunggu2 maklumla setahun sekali sahaja dapat bantuan kerajaan seperti ini.

Permohonan BR1M 2013 (BR1M 3.0) masi di adakan lagi untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat malaysia yang semakin menghimpit dengan pelbagai berita kenaikan caj dan tarif apatahlagi adanya GST.


Akan tetapi Sistem permohonan BR1M 2014 (BR1M 3.0) kali ini terdapat beberapa perubahan kecil daripada segi cara pelaksanaannya dan juga nilai bayaran BR1M 2014 (BR1M 3.0) telah terdapat perubahan :

Syarat Permohonan BR1M 2014 (BR1M 3.0)
Klik Image Untuk Lebih Jelas

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki @ Perempuan yang menjaddi ketua kepada isi rumah/ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
  3. Pendapatan bulanan isi Rumah RM4,000 dan ke Bawah – Dapat BR1M RM450
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah – Dapat RM300
  5. Pendapatan bulanan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM4,000 – Dapat RM450

Rujukan Permohonan BR1M 2014 (BR1M 3.0)
  • Panduan Permohonan Borang BR1M 2014 online
    Panduan permohonan online/ dalam talian khas bagi pemohon baru atau bagi mereka yang mengemas kini status juga untuk yang membuat rayuan.
  • Panduan Kemaskini BR1M 3.0 online
    Panduan kemas kini hanya bagi mereka yang telah mendapat bantuan ini pada tahun lalu atau telah menerima duit BR1M 2.0 pada tahun 2013.
  • Panduan Semakan Status BR1M 3.0
    Semakan Status hanya untuk AGENSI berdaftar sahaja seperti (MOF/BANK/SUK dan lain - lain.


    Gambar halaman untuk kemasKini maklumat dan untuk permohonan baru atas talian.

Klik Image Untuk Lebih Jelas

Semakan BR1M 2014 (BR1M 3.0) Online?


BR1M 3.0
Klik Image Untuk Lebih Jelas


Download Borang BR1M 2014 (BR1M 3.0)?

Gambar halaman borang permohonan BR1M 3.0 2014 secara manual.

BR1M 2014
Klik Image Untuk Lebih Jelas


                       >>>>>>>Selamat Mencuba<<<<<<<<








♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Thursday, January 2, 2014

AWAITING THE BIRTH MY 1ST SWEET HEART BABY

Fuhhhhh tidak sabar rasanya nak dukung baby sendiri ni.. dulu asik dukung baby kakak jaaaa
sekarang ni geliran sendiri nak jaga baby sendiri fuhhh tidak sabar tunggu kelahirannya " bunyi macam orang lain yang melahirkan" tetapi kenyataanya sendiri yang melahirkanya.

Tetapi sudah ready dari segi mentel n fizikal ka ni nak melahirkan baby.. gembira, risau, tidak sabar, entah laaa macam2 perasaan tetapi tunggu saja la until the day untuk melahirkan.

baru 3 hari ni saya rasa tanda2 hampir mahu melahirkan.. antaranya
jadi saya nak kongsikan sedikit melalui pengelaman saya..
mungkin ada di antara anda yang tidak tahu atau risau dan bagi mereka yang baru mahu bergelar seorang ibu,  maksudnya mengandung anak buat kali pertama macam saya hehe

1. Sakit bahagian pelvis, punggung, pingang, belakang
sakit ni buli tahan juga ngilunya, sakit ni akan datang seketika seketika dan itu tandanya kepala baby sudah turun di bahagian bawah / punggul, Sakit yang anda rasakan ini merupakan akibat dari adanya tekanan panggul, dan anda akan lebih sering berkemih serta lebih sering buang air besar karana meningkatnya pergerakan usus. Ini merupakan salah satu tanda persalinan yang jelas. kadang kadang sakit ini datang tiba-tiba karena bayi anda menekan dasar panggul anda. Selain itu, kaki anda mungkin membengkak sebagai akibat meningkatnya tekanan terhadap pembuluh darah yang melewati panggul. Berbaring ke kiri, dapat membantu anda meringankan tanda-tanda awal persalinan ini.

2. Cepat berpeluh
2,3 hari ni selepas sahaja saya mandi saya terus berpeluh kala2 orang yang berjemur di bawah matahari..
kalau pakai tuala kecil saja lap peluh memang tidak cukup malah tuala tu boleh di perah lagi seolah2 baru di cuci. kemungkinan ini adalah di sebabkan perubahan hormon dalam badan saya.
dalam sehari saya akan mandi 3-4 kali. 

3. Muntah
Biasanya dan setahu saya di awal kehamilan atau masa trimister 1-3 sahaja yang mengalami gejalah seperti ini. dan semasa awal kehamilan saya juga mengalami hal sedemikian cuma hanya 3 kali muntah sepanjang awal kelahiran.. sekarang pula di akhir kehamilan / Tunggu hari saya mengalami gejalah ini lagi yang lebih parah muntah di bandingkan semasa awal kehamilan, mahu tidak ja putus nafas mahu muntah. jadi kepada anda yang pertama kali mengandung jangan panik apabila ada gejalah2 seperti ini, ini normal bagi mereka yang baru pertama kali mengandung tetapi tidak semua bakal ibu mengalami hal seperti ini hanya sesetengah orang sahaja,

4. Perubahan fizikal yang tidak ketara / ketara
Seperti saya perubahan yang tidak ketara adalah hidung menjadi merah, saya tidak perasaan pun hidung saya merah tetapi mentua selalu cakap hidung kamu merah tidak lama lagi mau melahirkan suda, tetapi bila saya lihat di cermin warna hidung saya tidak la merah macam mana pun. cuma memang nampak perbezaan bila di amati betul2.sebab jikalau saya terjemur sekali pun warna hidung saya akan menjadi merah kehitaman dengan bintik2 tandanya kulit mahu terkupas. tetapi yang saya alami sekarang ni tidak sama seperti itu " warnah merah cerah dan kilat hampir sama macam orang baru lepas nangis dalam hati atau nangis yang tidak bersuara / menahan tangisan". perubahan yang ketara pula muka menjadi pucat, muka nampak macam tembam, atau tidak bermaya.

setakat ini sahaja pengelaman saya semasa tunggu hari, ada yang kata bengkak kaki, perut mengencang terlalu ketat sampai tidak dapat bangun. tetapi semua ini bergantung pada keadaan ibu, tidak semuanya ibu mengandung itu mempunyai tanda2 yang sama.

tanda2 yang semua orang alami hanya SAKIT PERUT, PECAH KETUBAN.

Semoga dapat melahirkan dengan selamat, bersedia dengan kekuatan mentel dan fizikal.



♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


DIVIDEN DAN BONUS ASB 2013/2014

Kadar kenaikan dividen dan bonus ASB tahun 2013 / 2014

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, tiada kenaikan bagi agihan pendapatan dividen ASB malah menurun sebanyak 0.05 sen dan pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.70 sen seunit
Selain itu, menurut laporan media pada Khamis, sejumlah 8.26 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 127.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.00 sen seunit.

Dalam pada itu, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, yang mana pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014
Turut dimaklumkan, urus niaga ASB ditangguhkan pada 22 Disember 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus
Berikut adalah jadual senarai agihan pendapatan dividen dan bonus ASB untuk tahun terdahulu dan terkini

Klik image untuk lebih jelas

Nampak kan Dividen ASB 2013/2014 adalah 7.7% dan bonus pulak adalah 1%.. nampaknya anggaran aku yang dividen akan naik tahun ni salah.. turun la pulak.. jika dibandingkan dengan dividen asb 2012/2013 adalah 7.75% dan bonus adalah 1.15%..

Tex dari laman web ASNB 
Klik image untuk lebih jelas

Klik image untuk lebih jelas

Ada hati berharap dividen tahun 2013 ni sampai 8.0%  ke 8.50% ke, tapi nampaknya tidak kesampayan la pula,, maklum la sekarang ni barangan pun semua da naik harga, tidak lama lagi tambah 1 lagi tanggungan.
Nampaknya tahun 2014 ni kena calculate betul2 perbelanjaan, new planning.. gaji pun tidak pandai naik..

Apa pun selamat meng update account ASB korang semua.. 




♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥