Thursday, January 2, 2014

AWAITING THE BIRTH MY 1ST SWEET HEART BABY

Fuhhhhh tidak sabar rasanya nak dukung baby sendiri ni.. dulu asik dukung baby kakak jaaaa
sekarang ni geliran sendiri nak jaga baby sendiri fuhhh tidak sabar tunggu kelahirannya " bunyi macam orang lain yang melahirkan" tetapi kenyataanya sendiri yang melahirkanya.

Tetapi sudah ready dari segi mentel n fizikal ka ni nak melahirkan baby.. gembira, risau, tidak sabar, entah laaa macam2 perasaan tetapi tunggu saja la until the day untuk melahirkan.

baru 3 hari ni saya rasa tanda2 hampir mahu melahirkan.. antaranya
jadi saya nak kongsikan sedikit melalui pengelaman saya..
mungkin ada di antara anda yang tidak tahu atau risau dan bagi mereka yang baru mahu bergelar seorang ibu,  maksudnya mengandung anak buat kali pertama macam saya hehe

1. Sakit bahagian pelvis, punggung, pingang, belakang
sakit ni buli tahan juga ngilunya, sakit ni akan datang seketika seketika dan itu tandanya kepala baby sudah turun di bahagian bawah / punggul, Sakit yang anda rasakan ini merupakan akibat dari adanya tekanan panggul, dan anda akan lebih sering berkemih serta lebih sering buang air besar karana meningkatnya pergerakan usus. Ini merupakan salah satu tanda persalinan yang jelas. kadang kadang sakit ini datang tiba-tiba karena bayi anda menekan dasar panggul anda. Selain itu, kaki anda mungkin membengkak sebagai akibat meningkatnya tekanan terhadap pembuluh darah yang melewati panggul. Berbaring ke kiri, dapat membantu anda meringankan tanda-tanda awal persalinan ini.

2. Cepat berpeluh
2,3 hari ni selepas sahaja saya mandi saya terus berpeluh kala2 orang yang berjemur di bawah matahari..
kalau pakai tuala kecil saja lap peluh memang tidak cukup malah tuala tu boleh di perah lagi seolah2 baru di cuci. kemungkinan ini adalah di sebabkan perubahan hormon dalam badan saya.
dalam sehari saya akan mandi 3-4 kali. 

3. Muntah
Biasanya dan setahu saya di awal kehamilan atau masa trimister 1-3 sahaja yang mengalami gejalah seperti ini. dan semasa awal kehamilan saya juga mengalami hal sedemikian cuma hanya 3 kali muntah sepanjang awal kelahiran.. sekarang pula di akhir kehamilan / Tunggu hari saya mengalami gejalah ini lagi yang lebih parah muntah di bandingkan semasa awal kehamilan, mahu tidak ja putus nafas mahu muntah. jadi kepada anda yang pertama kali mengandung jangan panik apabila ada gejalah2 seperti ini, ini normal bagi mereka yang baru pertama kali mengandung tetapi tidak semua bakal ibu mengalami hal seperti ini hanya sesetengah orang sahaja,

4. Perubahan fizikal yang tidak ketara / ketara
Seperti saya perubahan yang tidak ketara adalah hidung menjadi merah, saya tidak perasaan pun hidung saya merah tetapi mentua selalu cakap hidung kamu merah tidak lama lagi mau melahirkan suda, tetapi bila saya lihat di cermin warna hidung saya tidak la merah macam mana pun. cuma memang nampak perbezaan bila di amati betul2.sebab jikalau saya terjemur sekali pun warna hidung saya akan menjadi merah kehitaman dengan bintik2 tandanya kulit mahu terkupas. tetapi yang saya alami sekarang ni tidak sama seperti itu " warnah merah cerah dan kilat hampir sama macam orang baru lepas nangis dalam hati atau nangis yang tidak bersuara / menahan tangisan". perubahan yang ketara pula muka menjadi pucat, muka nampak macam tembam, atau tidak bermaya.

setakat ini sahaja pengelaman saya semasa tunggu hari, ada yang kata bengkak kaki, perut mengencang terlalu ketat sampai tidak dapat bangun. tetapi semua ini bergantung pada keadaan ibu, tidak semuanya ibu mengandung itu mempunyai tanda2 yang sama.

tanda2 yang semua orang alami hanya SAKIT PERUT, PECAH KETUBAN.

Semoga dapat melahirkan dengan selamat, bersedia dengan kekuatan mentel dan fizikal.



♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


1 comment: