Thursday, January 2, 2014

DIVIDEN DAN BONUS ASB 2013/2014

Kadar kenaikan dividen dan bonus ASB tahun 2013 / 2014

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, tiada kenaikan bagi agihan pendapatan dividen ASB malah menurun sebanyak 0.05 sen dan pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.70 sen seunit
Selain itu, menurut laporan media pada Khamis, sejumlah 8.26 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 127.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.00 sen seunit.

Dalam pada itu, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, yang mana pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014
Turut dimaklumkan, urus niaga ASB ditangguhkan pada 22 Disember 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus
Berikut adalah jadual senarai agihan pendapatan dividen dan bonus ASB untuk tahun terdahulu dan terkini

Klik image untuk lebih jelas

Nampak kan Dividen ASB 2013/2014 adalah 7.7% dan bonus pulak adalah 1%.. nampaknya anggaran aku yang dividen akan naik tahun ni salah.. turun la pulak.. jika dibandingkan dengan dividen asb 2012/2013 adalah 7.75% dan bonus adalah 1.15%..

Tex dari laman web ASNB 
Klik image untuk lebih jelas

Klik image untuk lebih jelas

Ada hati berharap dividen tahun 2013 ni sampai 8.0%  ke 8.50% ke, tapi nampaknya tidak kesampayan la pula,, maklum la sekarang ni barangan pun semua da naik harga, tidak lama lagi tambah 1 lagi tanggungan.
Nampaknya tahun 2014 ni kena calculate betul2 perbelanjaan, new planning.. gaji pun tidak pandai naik..

Apa pun selamat meng update account ASB korang semua.. 




♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


No comments:

Post a Comment