Monday, December 23, 2013

37 Minggu (9 Bulan 9 Hari). Bila Nak Lahir

Sekarang hari terakhir saya datang kerja sebelum cuti CHRISTMAS.. 
kalau ikutkan hati, tak nak juga ambil cuti masa christmas ni tp oleh kerana company suru habiskan cuti,
saya pun dengan terpaksa apply cuti 5 Hari start 24/12/1013 sampai 31/12/2013.

saya tak nak cuti sebab tak suka duk kat rumah masa2 tunggu hari delivery ni tanpa buat apa2 lagi2 kurang berjalan..
sapa tak mau cuti christmas kn kalau keadaan tu bagus macam masi 5 or 7 bulan ka.. saya mau cutiiii kalau masi belum cukup bulan..

Saya lagi suka setiap pagi n petang dapat berjalan kaki pergi kerja tak rasa penat tak rasa sakit2 kaki..
tapi kalau da dok depan computer 2-8 jam kat ofiec bila mau berjalan pergi toilet ke cari makan ke fulamaaaaaa kala2 org kena GOUT atau org yang da 80 tahun.. macam nak merangkak pun ada.. tu la sebabnya bakal mama ni tak reti dok kat rumah.. sedangkan hari SABTU n AHAD pun suda memenatkan duduk rumah baru 2 hari ni kan pula cuti lama..husband juga jadi sasaran di bawa ke hulu ke hilir berjalan hehe..

Tak sabar rasanya nak melahirkan baby ni, nak lihat baby... maklum la ni baby pertama kami..
dah 9 bulan 9 hari pun masi belum ada tanda2 nak melahirkan sedihnyaaaaa,,, nak juga baby lahir this month tapi semuanya ketentuan tuhan...

tapi sejak 2 malam ni mimpi lain la pula..terus teringatkn baby, hati pula cakap bila laaaaa nak bersalin ni...
doc kata baby saya ""BABY BOY" my husband pula nak sangat baby girl tp nak cmna kan tungu la 2,3 tahun Next baby..

kat ofice ni pun BOSS saya da tanya2 bila nak besalin,, risau pula bos tu boleh2 dia cakap '' jangan bilang lama lagi nanti u jalan2 tiba2 nak deliveri la pula" saya pun jawab selamba seja la.. ala boss lama lagi tidak apa lagi pun saya suka datang ofice.. tapi dalam hati "" nak juga saya baby ni lahir besok atau Christmas nanti hehehe.

31hb / 12 / 2013 ni ada FAMILY DAY di kampung dan 25hb / 12 / 2013 ni pula semua family ada di rumah.. mahu cat rumah yang di RE_DECORATION semua bilik masing2 cat.
lagi ada temu janji dengan orang owner penjual rumah di sook, tapi nak balik ke tak.. risau juga nanti tetiba di tengah jalan nak bersalin fuuuu Kota Kinabalu - Keningau - Kampung punya jauh tu. nak sehari juga perjalanan..

Kawan pun invate Open House 25 / 12 / 2013 nanti itu pun di keningau juga. pun cancel juga ni..


Ohhhhhh baby bila nak keluar nii....
Semoga tuhan melindungi anakku dari segala yang tidak baik.
~Amen~

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Wednesday, December 4, 2013

Permohonan Online MyKasih


Saya percaya memang ramai yang inginkan bantuan seumpama ini walau tidak seberapa namun bagi mereka yang sangat memerlukan nilai RM80.00 suda cukup membantu kewangan mereka apatah lagi harga barangan sekarang ni da pun naik..apa lagi mereka yang hidup di bandar besar hehe.

Program MyKasih ini adalah merupakan bantuan untuk masyarakat yang kurang berkemampuan..
dimana penderma akan menghantar sumbangan kepada Mykasih dan MyKasih ini akan meng'agih - agihkan sumbangan tersebut kepada mereka yang layak dan baru dikreditkan RM80.00 ke dalam MyKad penerima yang layak, dan anda boleh membeli barangan makanan asas yang terpilih, tetapi tidak semua supermarket mempunyai mesin Mykasih..hanya beberapa supermarket yang terpilih sahaja anda boleh menggunakan  MyKad atau duit yang di kreaditkan ke dalam Mykad anda untuk membeli barangan makanan.

Antara supermarket yang terpilih adalah  seperti di bawah;.
Bun Huat Mini Market
Berkat Ibu
Chop Ng Foh
CKS Supermarket
Famili Mart Superstore
Fresco Rembau
Chop Tong Hin
Chew Tiong Heng
Camellia Mini Store
C-Mart
Bestamart Hypermarket
Kedai Ai Zhen
Kedai Su Chung
Big Supermarket
Hup Seng Trading
Ilaa Bistari
Milimewa Superstore Pacific
Pasaraya Kecil Hing Huat
Joha Bestari Enterprise
Everwin Economic Mart
Mutaiyas Cash & Carry
Pasar Mini Baharin
Gedung Runcit Jamiliah
Pasaraya Sri Kassim
Mustafa Mini Market
Hoe Hong
Koperasi Serbaguna Kg Lokos
Hiap Lee Supermarket
KSK Enterprise
Pasaraya Kawan
KS Chu Mini Market
Pasaraya Mini Bistari
Pasaraya Xin Chang
S.F. Zas Trading
TMC Mesra Mall
Yin Yin Mini Mart
Boulevard Kuching
Rezeki Foodstuff
Yeow Shieng Mini Mart
Sinnathamby Holdings
Thai Ann
Teras Jaya
Chop Chan Tai
Goh Chung Fatt
Tapah Mini Market
Pasaraya Wah Seah Maju
TF Value Mart
Kedai Ubat Dan Barang-Barang Runcit Wei Poh
D'Mart BNO

Cmna cara nak memohon???? senang sahaja.... mai saya tunjukkan..

Pertama sekali fahami  apa itu Program MyKasih, kalau nak tahu lebih lanjut haaaa klik (sini) dan (sini)

Contoh borang permohonan
Baca dan fahami, isi menggunakan pen Hitam dan tulis menggunakan Hurus Besar. 


* Sila sertakan salinan Mykad/Mykid/Kad Pengenalan/Surat Beranak/ Pemohon dan setiap ahli keluarga untuk pengesahan dan satu gambar pasport pemohon. (jangan lupa slip gaji jika ada)

* Sijil beranak hanya untuk kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah sahaja.

Dah selesai isi boleh la hantar terus .

Sila hantar Borang Permohonan anda yang telah dilengkapkan (dengan salinan MyKad dan slip gaji, jika ada) kepada MyKasih Foundation melalui emel (info@mykasih.com) atau ke alamat pejabat MyKasih seperti di bawah:-

MyKasih Foundation
209, Block G, Phileo Damansara 1
No. 9, Jalan 16/11
46350 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03 7959 1380

Untuk maklumat lanjut layari MyKasih.

P/s : Segala persoalan yang di persoalkan silalah bertanya kepada pihak pengurusan MyKasih di talian berikut atau menggunakan Email. Penulis hanyalah berkongsi maklumat untuk tetapan dan pengetahuan sesama.

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Program Komuniti Bantuan Rakyat MyKasih

Selain daripada bantuan rumah mampu milik oleh SPNB kini terdapat satu lagi program yang di lancarkan oleh Yayasan MyKasih  iaitu Program komuniti My-Kasih kumpulan ambank yang di beri tema " Sayang KejirananKu'.

saya pun baru tahu dari orang tua so saya pun terfikir juga nak share kat Blog ni tp sebelum tu kena cari info dulu...

Penjelasan daripada pengerusi Yayasan MyKasih program ini adalah merupakan program yang ke-4 selepas pelancaran beberapa program seumpama ini sebelum ini.


MyKasih merupakan program untuk golongan masyarakat yang kurang berkemampuan dan kejayaan program ini menarik minat badan-badan kor- porat tampil ke hadapan menyertai inisiatif kebajikan ini untuk memberi sumbangan atau menyokong program ini.

Selain memberikan subsidi terhadap pem- belian barangan keperluan runcit, program ini juga menjayakan kursus kewangan asas serta latihan kemahiran kepada penerima sumbangan.

Penyumbang korporat kali ini ialah Kumpulan AmBank, yang mengamanahkan MyKasih dengan sumbangan mereka.

Pelancaran Program Komuniti MyKasih Kumpulan AmBank ini disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

Sumbangan disalurkan ke akaun MyKasih ibu keluarga penerima sebagai elaun bulanan bagi membolehkan beliau membeli barangan runcit terpilih dengan hanya menggunakan MyKad serta pin yang ditetapkan.

Transaksi amat mudah dan selamat di mana tiada wang tunai bertukar tangan dan keluarga terpilih juga bebas membuat pilihan bagi pembelian mereka berbanding hanya menerima barangan secara sumbangan sebelum ini.

Dengan pelancaran Program MyKasih, lebih 200 isi rumah kini menikmati ganjaran program subsidi makanan daripada Yayasan MyKasih.

Program MyKasih juga adalah titik penghubung dalam membantu warga Malaysia yang kurang berkemampuan melalui kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Platform ini juga memberi keyakinan dalam penyampaian bantuan kewangan di mana penggunaan MyKad bagi pembelian makanan akan memastikan bantuan disalurkan kepada penerima yang berhak.

“Ia menarik minat lebih banyak organisasi swasta mengambil bahagian dalam program yang berjaya membuktikan bahawa penggunaan MyKad dan sistem yang dimajukan ePetrol dapat meluputkan proses pengagihan bantuan kewangan yang kurang telus,” katanya.

Program ini juga berhasrat membasmi kemiskinan melalui penganjuran kursus bijak kewangan dan sesi pembelajaran serta latihan kemahiran bagi peserta dan anak-anak mereka.

MyKasih adalah program tanggungjawab sosial korporat yang disokong Kumpulan Dialog Berhad 


Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web MyKasih



P/s : Segala persoalan yang di persoalkan silalah bertanya kepada pihak pengurusan MyKasih di talian berikut atau menggunakan Email. Penulis hanyalah berkongsi maklumat untuk tetapan dan pengetahuan sesama.

MyKasih Foundation
2nd Floor, 209, Block G, Phileo Damansara 1,
No. 9, Jalan 16/11,
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.

Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7959 1380
(Mon - Fri, Normal Business Hours)

Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7959 1388
(Mon - Fri, Normal Business Hours)

Email
info@mykasih.com


























♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Tuesday, December 3, 2013

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR1M)

Konsep Binaan Program Rumah Mesra Rakyat?
Rumah Mesra Rakyat adalah berkonsepkan rumah sesebuah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air berkeluasan 866 kps dan 700 kps.
Rekabentuk

3
Keluasan 866kps
4
Keluasan 700kps
 layak untuk memohan dibawah program ini?
Program ini layak dipohon oleh keluarga miskin yang mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah RM1,500 sebulan dan tidak mempunyai rumah ataupun tinggal di rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk pembinaan yang bebas daripada sebarang sekatan.

 Di manakah SPNB mendapat pembiayaan untuk melaksanakan projek ini?
SPNB telah diberi pinjaman oleh Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Program Rumah Mesra Rakyat dengan kaedah satu pertiga (1/3) daripada kos tersebut di subsidi oleh Kerajaan, sementara dua pertiga (2/3) lagi diberi pinjaman tanpa faedah kepada pemohon berlandaskan konsep Qadrul - Hassan.

Berapakah bayaran bulanan yang harus diselesaikan oleh pemohon berlandaskan konsep Qadrul- Hassan?
Pembayaran balik pinjaman secara bulanan adalah RM150 sebulan sehingga selesai pinjaman seperti di jadual.
Jenis Atas Tanah Berkeluasan 866 kps / 700 kps


1


2


Apakah kelayakan pemohon?
Pemohon yang layak memohon Rumah Mesra Rakyat adalah:
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
  • Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.


layari SPNB untuk maklumat lanjut klik (SINI)


Hotline SPNB: 1300 80 3838 
Tel: 6088-484476 (Ketua Unit, Jualan Sabah)




♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)



Saya tahu ramai di antara kita yang mengimpikan rumah idaman mahupun rumah sendiri yang tidak ada bayaran bulanan, pendek kata tidak menyewa sebab gaju pun sekadar cukup untuk perbelanjaan keluarga / perbelanjaan makan. apatah lagi bagi mereka yang sudah berkahwin seperti saya punya tanggungan. Rumah idaman / tanpa bayaran bulanan merupakan keperluan asas bagi setiap keluarga dan sepatutnya memiliki rumah sendiri bukan merupakan satu bebanan.

Berbalik kepada tajuk di atas ( Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) ) ini adalah salah satu program bantuan dari kerajaan (SPNB 2012) dimana program ini adalah pemilikan rumah mampu milik yang anda boleh dapatkan dengan beberapa cara permohonan asalkan memenuhi syarat yang di tetapkan.

Anda kini boleh membuat permohonan secara online untuk   Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia yang lebih di kenali sebagai (RMR1M).

SYARAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) / SPNB 2012 

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
  • Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan. 
Untuk menyemak syarat lainnya sila klik di (sini)

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Harga pembiayaan di bawah akan diberikan subsidi sebanyak satu pertiga (1/3) daripada kos pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan sementara dua per tiga (2/3) lagi adalah pinjaman tanpa faedah


Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M yang telah disediakan. Anda juga boleh muat-turun borang RMR1M di sini (klik).

permohonan online rumah mesra rakyat 1malaysia

Bukan semua orang layak untuk menikmati program pemilikan rumah mesra rakyat ini, memandangkan ia mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Apakah yang menariknya mengenai rumah mesra rakyat 1 Malaysia ini? Untuk info, untuk pembelian rumah RMR1M, anda akan menerima subsidi daripada kerajaan sebanyak RM20,000. Dan anda juga menerima 2% subsidi kerajaan pada pinjaman kadar faedah bank. 

Ada dua cara untuk memohon, iaitu secara online atau menerusi pejabat SPNB yang berdekatan. Malah sebenarnya anda boleh meminta bantuan waklik rakyat serta pejabat penghulu untuk membanti mendapatkan RMR1M ini

Cara Memohon RMR1M

Bagi anda yang mahu membuat permohonan secara online, sila muat turun panduan atau manual pengguna yang telah disediakan di sini, sila baca dan fahami sebelum membuat sebarang permohonan agar dapat memudahkan ursan anda.- Manual Pengguna RMR

Di bawah ada beberapa gambar design / rupa bentuk / konsep rumah yang telah di sediakan oleh SPNB.
Rekabentuk Rumah RMR1M


Untuk sebarang pertanyaan, kemushkilan atau apa sahaja persoalan mengenai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), anda boleh hubungi talian berikut:

Hotline SPNB: 1300 80 3838 
Tel: 6088-484476 (Ketua Unit, Jualan Sabah)


p.s: Penulis bukanlah agen kepada program ini, penulis hanyalah seseorang yang menyebarkan informasi ini supaya lebih ramai orang dapat miliki rumah sendiri. Tiada sebarang hubungan antara penulis dengan SPNB atau mana-mana Adun.











♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

  1. Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) ?

    Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah satu program yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga yang kurang berkemampuan serta tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
  2. Apakah syarat-syarat kelayakan memohon RMR1M?
  • Warganegara malaysia
  • Umur 18 - 60 tahun
  • Pendapatan kasar seisi rumah RM750 - Rm3,000 sebulan
  • Tidak mempunyai rumah sendiri / mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna
  • Tapak keluasan minimum 3,700 kps (310 M2) 50' x 75' kaki
  • Tertakluk kepada kelulusan bank

     3.   Bagaimana untuk memohon RMR1M?

           Melalui sistem permohonan online yang hanya boleh diakses oleh wakil rakyat di daerah masing-                  masing. Bagi yang berminat, mereka perlu menemui wakil rakyat mereka untuk memohon.

     4.  Apakah ciri-ciri menarik RMR1M?
  • Keluasan 1,000 kps, 3 bilik & 2 bilik air
  • Harga rumah RM65,000
  • Subsidi kerajaan RM20,000
  • Subsidi kadar faedah 2% daripada jumlah kadar faedah yang dikenakan oleh bank

     5.  Apakah perbezaan di antara Program Rumah Mesra Rakyat Konvensional dan juga                       Program RMR1M?

Klik gambar untuk lebih Jelas


Hotline SPNB: 1300 80 3838 
Tel: 6088-484476 (Ketua Unit, Jualan Sabah)


♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Monday, December 2, 2013

SILKLITE SLIMMING SENSATION


Promo!!! Hanya RM 29.90. Slimming and massage... membuang angin dalam badan, melancarkan darah dan mengeluarkan toksin dalam badan, cepat2 slagi stok masih ada. Harga pasaran RM 130. hanya akan di pasar di ogawa dan takashima. promotion sah sehingga 4/12/2013 (RABU).PM for more information...




HANYA RM 29.90 
SAH SEHINGGA 04 /12/2013
TERHAD!!!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT.!



INFO : 0145555179 / 0138912193

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Wednesday, November 20, 2013

Kereta 12 Tahun Keatas Bakal Dilupuskan



Sebab Kereta 12 Tahun Keatas Dikatakan Bakal Dilupuskan
Satu ujian telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk mengkaji tahap keselamatan sesebuah kereta lama sekitar 12 tahun keatas. Ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam telah dijalankan bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.


Kereta lama berusia 12 tahun keatas dikatakan tidak selamat
Gambar Ujian Perlanggaran Kereta 12 Tahun Keatas

Prof Dr Wong Shaw Voon seorang Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) berkata kereta lama terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan. Jangka hayat sebuah kereta yang direka hanya bertahan sekitar 5 hingga 12 tahun.
Walaubagaimanapun perlupusan kereta 12 tahun keatas masih di peringkat kajian.


♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) 2014 Online

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) 2014 Online.

Seperti yang diketahui umum dalam pembentangan bajet 2014, Perdana Menteri Malaysia akan meneruskan pemberian BR1M 3.0 iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 untuk tahun 2014.

Untuk Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 3.0 2014 boleh semak di sini –> <KLIK>

* Tarikh Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) Secara Online

Tarikh permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) secara online dijangka dibuka pada bulan Disember 2013. (Akan dikemaskini apabila tarikh permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia dibuka kelak)

* Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) 2014 Online

Untuk permohonan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) 2014, Anda boleh ke laman berikut untuk membuat permohonan.

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
2.Kementerian Kewangan Malaysia
3. https://ebr1m.hasil.gov.my/ 

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 3.0 tahun 2014

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014. Seperti yang sedia maklum dalam pembentangan bajet 2014 yang lepas Perdana Menteri Malaysia akan meneruskan pemberian BR1M 3.0 iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 untuk tahun 2014.

Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Malaysia, pemberian BR1M 3.0 ini tertakluk kepada beberapa syarat.


*Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

*Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 hinga RM4000 sebulan akan diberikan nilai bantuan sebanyak RM450.

*Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk golongan bujang berumur 21 tahun dan berpendapatan RM2000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300

Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M

caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Tarikh Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) Secara Online

Tarikh permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) secara online dijangka dibuka pada bulan Disember 2013.

Syarat Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0)

Secara kebiasaannya syarat permohonan atau syarat kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) adalah seperti tahun-tahun sebelumnya. Cuma ada penambahan untuk isi rumah yang berpendapatan RM3000 – RM4000.

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 Tahun Keatas
3. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
4. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 ~ RM4,000
5. Individu Bujang yang Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Wednesday, October 23, 2013

Allah bermaksud tuhan, semua jenis tuhan, kata sarjana agama

Sarjana agama terkemuka dari Amerika Syarikat Reza Aslan turut sepakat dalam kritikan terhadap larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia dan mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu merupakan satu keputusan politik.

Dalam satu wawancara bersama radio BFM, Reza (gambar) menegaskan, penganut Kristian menggunakan kalimah Allah yang membawa maksud Tuhan dalam bahasa Arab dan ianya bukanlah satu ancaman kepada Islam.

"Pengganas Taliban meletakkan bom bersama Al-Quran dan membawanya ke sebuah masjid di Pakistan pada Hari Raya Korban. Inilah ancaman kepada Islam," katanya.

Minggu lalu, seorang Gabenor di Afghanistan terbunuh selepas sebutir bom yang diletakkan berhampiran Al-Quran meletup semasa beliau sedang menyampaikan ucapan Aidiladha.

Reza yang menulis buku “No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam” hairan dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Malaysia kerana kalimah Allah merupakan istilah merujuk kepada Tuhan, “sebarang jenis Tuhan”.

"Allah daripada perkataan Al-Ilah. Itulah asal perkataannya. Al-Ilah bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir Allah adalah nama Tuhan bukan sahaja silap tetapi bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri.

"Ini bukan satu interpretasi. Ia fakta sejarah," katanya.

Minggu lalu, tiga panel Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menetapkan "kalimah itu bukan perkara asas dalam kepercayaan dan amalan Kristian serta penggunaannya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam".

Keputusan itu mencetuskan perdebatan di antara sarjana sementara masyarakat Islam antarabangsa melahirkan rasa hairan atas kecelaruan yang terjadi.

Reza turut tertawa kecil mengenangkan keputusan mahkamah sambil berkata, "bagaimana anda boleh membacanya dan tidak tertawa?"

Selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, Reza dalam kiriman Twitter menulis, "Bagaimana Malaysia boleh menjadi bodoh? Di Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, saya rasa Amerika telah melarang perkataan 'twerking' kepada mereka yang berumur 17 tahun".

"Larangan itu bukan sahaja menyebabakan penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu tetapi turut memberi ancaman kepada Islam.

"Rakyat Malaysia (orang Islam) sangat bodoh jika mereka mendengar penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, mereka pula yang menjadi Kristian. Maksud saya kebodohan kenyataan itu terserlah," katanya dalam temubual itu.

Reza mengulangi pendirian sarjana dan penulis Islam bahawa penganut Kristian dan Yahudi di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad merujuk Tuhan mereka sebagai Allah.

"Mengapa? Sebab mereka berbahasa Arab. Bukannya kerana kalimah Allah merujuk spesifik kepada Tuhan tetapi ia dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan. Ia bukan satu pandangan. Ia fakta," katanya.

"Jika ada Imam yang memberitahu Tuhan mempunyai nama. Mereka sesat. Allah bukanlah nama Tuhan. Umat Islam tidak memiliki kalimah itu."

Reza yang merupakan Profesor sejarah Islam berkata keputusan Mahkamah Rayuan telah menjadikan Malaysia bahan tertawa serata dunia.

"Ini melihatkan umat Islam di Malaysia perlu dilindungi oleh mahkamah kerana mereka tidak mampu berfikir sendiri. Kami mentertawakan anda.

"Ia satu pencabulan kepada kemodenan, Perlembagaan dan demokrasi sebuah negara Islam seperti Malaysia," katanya. – 22 Oktober, 2013.

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Friday, October 11, 2013

Kapal Terbang Melanggar Rumah Penduduk di Kudat (SABAH)

Kapal terbang milik MASwing terhempas dan melanggar sebuah Rumah penduduk kampung sinsan  kudat sabah.

Kejadian pada 10 Oct 2013 kahmis, menyebabkan 2 penumpang maut dan 2  lagi cedera parah (Sue Isabella Abi? selepas sebuah kapal jenis Twin Otter MASwing  membuat pendaratan cemas.

insiden ini adalah kali pertama berlaku menurut penduduk di kawasan tersebut yang ttinggal selama lebih 30 tahun.










♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Friday, October 4, 2013

Bawang merah bantu melebatkan rambut.

Rambut anda sering kali gugur setiap kali selepas anda bersyampu atau menggunakan sikat? Jangan risau. Ini adalah masalah biasa yang kebanyakan antara kita mengalaminya. Namun, jika kita terus kehilangan rambut setiap hari, bayangkan apa yang akan terjadi pada kita selepas beberapa tahun? Oleh sebab itu, kita perlu melakukan sesuatu dengan segera untuk memerangi keguguran rambut dan pada masa yang sama merangsang pertumbuhan rambut baru.

Tahukah anda bahawa bawang merah adalah ubat semulajadi yang menakjubkan untuk menangani keguguran rambut? Tambahan pula, ia juga berkesan meningkatkan pertumbuhan rambut anda. 

Anda mungkin terfikir bagaimana bawang merah yang berbau kurang menyenangkan ini baik untuk rambut bukan? Sebenarnya, rawatan melebatkan rambut dengan bawang merah bukan sahaja semulajadi tetapi ia juga selamat dan mudah untuk dibuat. Anda bukannya mendedahkan rambut dan kulit kepala kepada bahan kimia yang bahaya tetapi ia cuma bahan yang boleh mencegah keguguran rambut dan pada masa yang sama, melebatkan pertumbuhan rambut baru. 

Jadi bagaimana bawang merah membantu memerangi rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru? 

Secara fakta, bawang merah sangat tinggi dalam sulfur. Itulah sebabnya jus daripada bawang merah mampu merangsang pertumbuhan rambut kerana sulfur membantu dalam peredaran darah. Ia juga mengurangkan keradangan kulit kerana sifatnya yang antibakteria. Selain itu, bawang merah juga menjadikan rambut anda lebih kuat selain membuka liang-liang folikel rambut anda yang tersekat dan mencegah jangkitan kulit kepala. 

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan bawang sebagai rawatan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru: 

Menggunakan jus bawang merah yang mentah: 
Ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan manfaat daripada sulfur yang terkandung di dalam bawang. Masukkan beberapa bawang merah ke dalam pengisar anda untuk mendapatkan jus atau air bawang merah tersebut. Kemudian, letakkannya pada kulit kepala anda dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih sekiranya anda mahu dan bilas menggunakan syampu. Lakukannya sebanyak tiga kali seminggu selama satu atau dua bulan untuk melihat hasil dan diharapkan bersabar kerana ini adalah cara semulajadi. 

Menggunakan campuran bawang merah dan madu: 
Ambil satu perempat daripada jus bawang merah yang mentah dan campurkannya dengan madu. Gunakan gabungan dua bahan ini untuk mengurut kulit kepala anda setiap hari dan lihat perbezaan selepas beberapa minggu. Senang, bukan?

selamat mencuba******

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Thursday, October 3, 2013

Sejarah Kewujudan Suku Kaum Dusun Subpan

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM DUSUN SUBPAN
 MERISIK
 
Dilakukan oleh orang yang dipilih oleh keluarga
pihak lelaki setelah mendapat mimpi yang bagus selama tiga (3) malam dan apabila perempuan yang hendak di tunang itu belum ada yang punya barulah pinangan dihantar akan tetapi perlu di ketahui samada perempuan yang dirisik itu sudah BALIGH
(sudah datang haid) atau belum

TUNANG
         
Bagi perempuan yang belum BALIGH (sudah datang haid) hantaran tunang adalah sebuah Gelang Kuning (kawat),wang tunai RM1.00 dan seekor ayam betina.kalau perempuan itu sudah BALIGH (sudah datang haid) hantarantunangnya adalah wang tunai RM1.00 dan seekor ayam betina,pinangan tidak terus-terus diterima pihak lelaki kena tunggu selewat-lewatnya tiga (3) hari dan apabila pinangan tidak dikembalikan dalam masa itu bererti pinangan telah diterima,kemudian pihak perempuan akan menghantar wakil memberitahu pihak lelaki bersama dengan adat-
istiadat yang diminta bahawa pinangan telah diterima. Pada masa sekarang hantaran pinangan berbentuk wang tunai RM50.00,sebentuk cincin dan saputangan untuk membungkus benda itu tadi.dan setiap bulan sebelum kahwin si lelaki kena memberi belanja tunang.


HANTARAN

Mengikut adat-istiadat suku kaum Subpan pihak lelaki hanya perlu memberi hantaran sebanyak lapan kepala (waluh uluh) lebih kurang RM350.00 sahaja tetapi bagi anak bongsu pihak lelaki dikenakan sembilan kepala(siwoi uluh).bersamaan dengan RM500.00 bersama dengan adat-istiadat yang lain. Segala makan minum untuk orang ramai semasa majlis kahwin selama tiga (3) hari itu akan ditanggung oleh pihak pengantin perempuan, kerana bagi suku kaum Subpan mendapat menantu lelaki adalah seperti mendapat anak lelaki kerana mengikut adat,pengantin lelaki mesti ikut pengantin perempuan .

Pada masa sekarang hantaran perkahwinan adalah seperti kain sarung (tapih) ,dan lain-lain lagi hajat (dandi) yang diminta oleh kaum keluarga perempuan. Wang belanja majlis perkahwinan (belanja dapur) diminta oleh Pihak perempuan dari pihak lelaki dan nilainya hanya pihak perempuan yang tentukan,kerana di zaman yang serba moden ni apabila pasangan bertunang telah berkahwin pengantin lelaki tidak tinggal bersama mentua sebaliknya pengantin perempuan yang ikut suami dan tinggal sendirian kerana si suami bekerja tidak seperti zaman dulu pekerjaan yang ada hanyalah bertani,berladang dan menangkap ikan.
 
Apabila hampir tarikh perkahwinan, pasangan yang akan berkahwin itu tidak dibenarkan bertemu,apalagi pada zaman dahulu JODOH selalunya ditentukan oleh orang tua. Sebelum majlis kahwin diadakan pihak lelaki dan perempuan hendaklah memanggil seorang tua untuk (menilik putika) mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tarikh dilihat mengikut amalan tradisi orang tua-tua dahulu seperti contoh (katam kubol) yang menurut kepercayaan adalah masa yang bagus untuk mengadakan majlis perkahwinan.
                         
          MANGADAA-ADAA

Sehari sebelum majlis perkahwinan satu majlis yang dipanggil mangadaa-adaa akan diadakan dan pihak lelaki akan mengadakan majlis bagi pengantin lelaki tetapi pihak perempuan juga tidak boleh diam kerana apabila rumah pengantin lelaki memukul gong,rumah Pengantin perempuan juga kena memukul gong bagi mengelakkan cuaca yang tak diingini berlaku.

Suku kaum Dusun Subpan ada dua kategori majlis perkahwinan iaitu (pengantin) satu majlis yang penuh adat-istiadat dan banyak pantang larang,persandingan diadakan waktu siang dan seterusnya majlis keramaian. Tetapi pada masa dahulu apabila kedua belah pihak tidak mendapat persetujuan maka acara persandingan akan tertunda sehingga ada yang menjelang subuh baru acara persandingan dapat dilakukan,kerana kebiasaannya apabila ada ahli keluarga pengantin pernah berselisih faham maka ungkit-mengungkit akan berlaku dan kena diselesaikan oleh ketua kampung terlebih dahulu,sekiranya sudah selesai barulah acara perkahwinan dapat di jalankan.  Dan sepanjang malam semasa menunggu acara persandingan pasangan yang akan berkahwin tersebut tetidak boleh tidur kerana menurut kepercayaan sesiapa diantara mereka berdua yang tidur,bermakna dia akan meninggal duluan.

Kahwin (musilom atau mutarang) seperti  satu majlis yang digemari oleh orang pada masa ini kerana ianya tidak banyak pantang larang dan persandingan diadakan pada waktu malam dan seterusnya majlis keramaian.  Tetapi ada juga seperti kahwin pengantin iaitu apabila kedua belah pihak tidak mendapat persetujuan maka acara persandingan akan tertunda sehingga ada yang menjelang subuh baru acara persandingan dapat dilakukan, kerana kebiasaannya apabila ada ahli keluarga pengantin pernah berselisih faham maka ungkit-mengungkit akan berlaku dan kena diselesaikan oleh ketua kampung terlebih dahulu. Tetapi pada masa sekarang ramai yang mengadakan majlis persandingan seperti ini di waktu siang kerana pada malam mangadaa-adaa pihak rombongan lelaki kecuali pengantin lelaki akan datang untuk menyelesaikan semua urusan mengenai adat-istiadat Dan sebelah malam selepas
persandingan,majlis keramaian dengan mengenakan gaun dan kot serta pemotongan kek perkahwinan.  

MAJLIS MANANDOH

 Pada hari ke tiga (3) perkahwinan, satu lagi majlis akan diadakan iaitu majlis manandoh dan diadakan juga majlis (manukab batol) dimana acara minum di tapai tajau dengan ddahului oleh pasangan pengantin dengan pukulan canang di samping nya dan disertai dengan pukulan (basal) muzik tradisi kemudian diikuti oleh keluarga kedua belah pihak pengantin dan para tetamu dan seterusnya acara mangalai dan gabiluk diadakan.  Acara mangalai adalah acara yang membuat majlis menjadi riuh-rendah kerana setiap orang akan kena menari apabila sapu tangan yang digunakan terutama (dalundung) tudung kahwin akan di lepaskan di atas bahu seseorang tanpa mengetahuinya (seperti permainan passing puzzle) dan disitu lah pada (rara'a) gadis akan berlarian kerana takut terkena giliran menari. Pada keesokan harinya pasangan pengantin hendaklah membuka ladang (kecil sahaja sebagai simbol bermulanya kehidupan suami isteri mencari rezeki bersama)


ALAT-ALAT TRADISIONAL TERMASUK PAKAIAN YANG DIGUNAKAN SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN ALAT MUZIK (Basal)

Gong,(agung ayo,titingkoh) kulintangan dan canang
(babandil sarok-sarok,taringkok,lambat-lambat),
Bungkau(diperbuat daripada batang polod yang sudah tua), karuk (seruling yang diperbuat daripada bambu yang nipis dipanggil widu), Gabang (diperbuat dari potongan kayu dan ada yang dari tong deram besi) Untuk majlis perkahwinan muzik tradisional akan dimainkan mengikut turutan iaitu :


1.Ketibaan rombongan pengantin lelaki tiba

2.apabila pengantin menuju ke pelamin (pangaturan)

3.sesudah pengantin lelaki duduk di pelamin (pangaturan)

Irama muzik tersebut diantaranya diberi nama :-

Titik Pengantin,Titik Rapat-rapat,Titik Tantasuran,Titik Bila-bila dan banyak lagi.


PELAMIN DAN HIASAN

Tilam ,bantal (lunan) ,(bunga pengantin) bunga manggar,gadur,(sarapah)Tempat menyimpan siri pinang,(sampiran)Kain Pelamin yang diperbuat dari potongan-potongan kain bermacam warna,(lantaka) Meriam kecil ,(langit-langit) kain yang di pasang diatas pelamin kalau kahwin adat pengantin seluruh siling rumah mesti ditutupi oleh kain berukir tersebut, (kalambu) kain yang menutupi kawasan pelamin dan pengantin lelaki tidak dibenarkan masuk selagi belum membayar adat buka kelambu dan ada kelambu sampai beberapa lapis,(Lansoi) kain yang menutup bahagian depan pelamin (Bandira) pihak pengantin lelaki dan perempuan mesti ada bendera yang di buat khas kalau dahulu pengantin lelaki akan di bawa dengan rakit yang berhias)dan lain-lain lagi.

PAKAIAN PERKAHWINAN DAN AKSESORI LELAKI
       
(Sigar) Tanjak,(dalundung)Tudung perkahwinan yang berwarna merah dijahit dengan sulaman dan labuci,(piakawan)baju dari kain berwarna hitam dijahit sulam dan labuci ,(saduwor raragu) seluar,(kandit) kain yang di ikat di pinggang berwarna hijau dan merah di sambung di tengah-tengah,(Parantina) Kepala tali pinggang, (sabung lalom) baju dalam khas warna putih dan saputangan sebagai alas mencium tangan bakal mentua.

PAKAIAN PERKAHWINAN DAN AKSESORI PEREMPUAN


(Miglap) baju perempuan di perbuat dari kain yang berwarna merah,hitam,hijau,biru,kuning ) tapi warna hitam yang menjadi keutamaan ia di jahit (talambu) sulam dan (antilas)labuci ,(tapih) kain seperti kain songket yang ada campuran berbagai warna dan kebiasaanya orang suka pakai warna merah,(dalundung)di pakaikan di kepala pengantin dan pengapit ,(Rampih) sanggul rambut ,(Bubu'uk) biasanya orang-orang tua suka menyimpan rambut panjang kemudian dipotong dan di ikat dihujungnya dan rambut ini akan di sambung di rambut pengantin yang pendek untuk di jadikan sanggul.  Dahi perempuan akan di sapu dengan sejenis bahan campuran yang dibuat khas dari bahan semula jadi yang berwarna hitam (ayok),(sudai mas )sejenis perhiasan di kepala pengantin begitu juga dengan (Titimpok )cucuk sanggul, anting-anting (ba’ang)seperti bentuk kon bulat dan ada yang mempunyai permata,bentuk gong ada yang sampai 3 biji bersambung,(lilingkong yang berbentuk seperti spring) ,(Tambuku) Butang emas atau kerongsang berbentuk syiling bulat,hati dan kupu-kupu dan sebagainya,rantai (pokol) (bunga rampai) jenis bersambung-sambung ke bawah dan membentuk tiga segi dengan corak bulan dan bintang dan bertahtakan batu permata,manik dan rantai berloket syiling bulat dan gelang (golong) perak yang lebar berukir,kawat besi kuning dan emas, dan (pandulung) cincin.

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Pakatan gesa Petronas turut diaudit

Ekoran kenaikan harga minyak 20$ / litter, pakatan turut gesa pihak petronas untuk turut di Audit.
Pakatan Rakyat (PR) menggesa Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut mengaudit syarikat petroleum negara, Petronas kerana mendakwa syarikat berkenaan tidak pernah diaudit sejak 38 tahun lalu.
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 bukannya syarikat swasta dan seharusnya tidak terlepas daripada diaudit.
"Pagi ini selepas memeriksa Akta Petroleum 1974, walaupun Petronas ditubuhkan sejak 38 tahun lalu, jelas tidak pernah ada satu pun Laporan Audit Negara ke atas laporan kewangan syarikat minyak nasional ini.
"Laporan Audit Negara tidak dibenarkan untuk audit Petronas, daripada 1974 sehingga sekarang, kalau kita tahu, semua kementerian dan agensi kerajaan diaudit kecuali Petronas, kenapa Pertonas perlu dikecualikan,” katanya.
Nga turut menuntut supaya laporan Ketua Audit Negara 2012 yang diedarkan semalam dibentang untuk dibahaskan di Dewan Rakyat bagi melihat perbelanjaan Petronas.
Sebanyak 40 peratus keuntungan Petronas adalah sumber kewangan negara.
"Kita mengesyorkan Ketua Audit Negara yang dilantik Yang DiPertuan Agong, dibenarkan untuk audit dan laporan audit terhadap Petronas patut diserahkan kepada Dewan Rakyat untuk dibahas.
"Tetapi Akta sekarang ini hanya membenarkan seorang sahaja iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri kabinet tidak dibenarkan untuk akses kepada akaun (Petronas).
"Ini tidak lagi menepati keperluan kepentingan negara kita dan juga rakyat," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulis berkata, Petronas membayar RM732 billion kepada kerajaan Malaysia di bawah empat kategori.
Daripada jumlah itu, ia diperolehi daripada Dividen syarikat berjumlah RM278 billion, keuntungan petroleum RM24 billion, cukai pendapatan RM310 billion dan duti eksport RM20 billion.
"Jumlahnya RM732 bilion, ini adalah lebih besar daripada hutang negara, dibayar kepada kerajaan, tetapi oleh kerana Akta Kemajuan Pertoleum 1974, rakyat sebagai pembayar cukai tidak dapat tahu bagaimana kerajaan menggunakan duit ini dan bagaimana keadaan kewangan sebenar syarikat petroleum negara ini.
"Kami ingin mengesyorkan supaya kerajaan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 Seksyen 3 dan 5 supaya ia selaras dengan ketelusan,"

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


BR1M tidak perlu diteruskan, kata Dr M

1 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.
"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Okt ini.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.
Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.
"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.
Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.
Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama.

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Wednesday, October 2, 2013

Bumiputera tiada kualiti, bukan sektor swasta tutup peluang, kata penganalisis

Kualiti adalah punca kebanyakan Bumiputera tidak banyak berada dalam sektor swasta, kata penganalisis ekonomi, serta menegaskan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) bahawa Bumiputera tidak diberi peluang adalah menyimpang.
Penganalisis ekonomi yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Putrajaya sewajarnya menumpukan kepada aspek meningkatkan kualiti Bumiputera dan membuang sikap kebergantungan kepada bantuan kerajaan semata-mata.
"Contohnya dalam perkhidmatan awam yang hampir majoritinya Bumiputera, di manakah hasilnya?
"Kamu boleh lihat sendiri bagaimana mereka bekerja, adakah ia berkualiti?" kata Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui.
Lim berkata, sektor swasta bukan tidak memberi peluang kepada Bumiputera, tetapi faktor seperti kemampuan pekerja dan kualiti yang akan dihasilkan sering tidak dapat memenuhi kehendak majikan.
"Saya lihat mereka yang banyak mengganggur ini, salah satu sebabnya adalah mereka tidak boleh dan tidak mempunyai kualiti," katanya.
Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata sektor swasta mementingkan meritokrasi bukan menutup peluang kepada Bumiputera seperti yang dikatakan oleh menteri tersebut.
"Sektor swasta lebih fokus kepada meritokrasi, ini adalah kebiasaan yang berlaku.
"Persoalannya di sini bukan menutup peluang tetapi adakah wujudnya diskriminasi," kata Yeah yang tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan sektor swasta menutup peluang.
Yeah berkata, Putrajaya perlu mengambil langkah yang lebih proaktif terutama dengan memastikan keseimbangan kaum dalam sektor perkhidmatan terlebih dahulu sebelum menyalahkan sektor swasta sebagai punca Bumiputera masih ketinggalan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.
"Kerajaan perlu lebih prihatin dalam menawarkan peluang bagi sektor perkhidmatan supaya ia lebih menarik.
"Perlu wujudkan kepelbagaian etnik dalam tenaga kerjanya, apabila ia wujud barulah ia dapat memberi hasil terbaik kepada negara, bukan hanya kepada Bumiputera," katanya.
Sehingga Mei 2013, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa mendedahkan jumlah penjawat awam yang majoritinya Bumiputera adalah seramai 1.42 juta orang.
Dalam wawancara bersama akhbar The Edge yang disiarkan pada Isnin, Abdul Wahid mempertahankan agenda memperkasakan Bumiputera dengan menyalahkan pihak swasta dan mengatakan ramai pihak tersalah tafsir terhadap program pemerkasaan Bumiputera itu.


Abdul Wahid juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpatah balik daripada Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkannya pada 2010.
"Apa yang saya cuba katakan ialah wujud banyak peluang dalam sektor swasta tetapi malangnya banyak ahli perniagaan Bumiputera dan profesional merasakan mereka tidak diberi peluang yang adil dalam sektor swasta. Sebagai contoh, hanya sebilangan kecil Bumiputera di peringkat pengurusan atasan," katanya.
Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking (Maybank) Berhad itu, program pemerkasaan Bumiputera bertujuan memberikan peluang yang seimbang meliputi semua jenis perniagaan.
"Ini bagi memastikan Bumiputera mendapat peluang yang adil," katanya.
Baru-baru ini Najib melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang  menggariskan lima teras iaitu meningkatkan daya modal insan, memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat,  mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap  golongan Bumiputera.
Namun, pakar ekonomi terkenal Prof Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff menegaskan bantuan kewangan berasaskan kaum dan rancangan memperkasa Bumiputera akan tersasar matlamatnya seperti polisi terdahulu. – 2 Oktober, 2013.
Yahoo..

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Orang Melayu berasal dari Timur Tengah - Penyelidik sejarah

MELAKA, 1 Okt (Bernama) -- Kajian sekumpulan penyelidik sejarah mendapati bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah berbanding teori sebelum ini yang menyebut bangsa itu berasal dari Yunan.
Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kajian 20 tahun itu dilakukan Felo Penyelidik Utama dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman; Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Pengerusi Suara Pribumi Zaharah Sulaiman.
Beliau berkata penemuan berkenaan disokong bukti saintifik sekaligus menyanggah penemuan sejarah terdahulu.
"Dari segi genetik daripada kajian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, DNA kita tidak sama dari negara di utara khususnya dari Yunan, DNA orang Melayu ini sama dengan orang Timur Tengah.
"Kajian ini penting kerana DNA menentukan keturunan dan asal usul kita, penemuan baharu ini amat kuat dan boleh dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Serantau Asal Usul Melayu Menelusuri Tunjang Melayu di sini, hari ini.
Mohd Ali berkata hasil kajian berkenaan telah dibukukan dan bakal diterbitkan untuk tatapan umum.
Sementara itu, Dr Nik Hassan Suhaimi berkata teori bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah juga dapat dibuktikan melalui tiga lagi pendekatan kajian iaitu ethno-linguistik (bahasa), turun naik paras laut (geologi) dan kebudayaan material (artifak).
-- BERNAMA
dipetik dari Yahoo

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Tuesday, September 3, 2013

Anak Taib Mahmud ada RM2 billion dalam pelbagai akaun (bekas isteri)

Anak Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib mempunyai kira-kira AS$700 juta (lebih RM2 billion) di bank akaun serata dunia termasuk Switzerland dan Luxembourg, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Bekas isterinya, Shahnaz A. Majid (gambar) memberitahu mahkamah, beliau tidak ingat di mana akaun berkenaan secara spesifik namun memberitahu jumlahnya AS$700 juta dalam akaun Abu Bekir. Shahnaz sebelum ini memaklumkan jumlah itu hanya RM700 juta.

“RM100 juta jumlah kecil baginya. Dia pasti mampu membayarnya,” katanya.
Shahnaz memberi keterangan di mahkamah berhubung permohonan pampasannya RM300 juta dan RM100 juta mutaah dalam permohonan penceraian itu.

Shahnaz, 50, turut mendakwa 50 peratus aset mereka kepunyaan bekas suaminya. Ini termasuk kereta mewah, rumah, tanah dan pegangan saham.
Kes perbicaraan itu mendedahkan kemewahan keluarga ketua menteri Sarawak.
Dalam penghakiman itu, Shahnaz meminta aset bekas suaminya itu seperti tujuh buah kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan pegangan saham dalam 15 syarikat.

“Dia memiliki 150 buah syarikat dan pemegang saham dalam 21 syarikat tersebut dan memiliki RM1 bilion pegangan saham.

“Dia memperoleh secara bersih RM2 juta setahun untuk peruntukan hiburan, pelancongan dan kereta yang ditanggung oleh syarikat tersebut,” katanya.
Sewaktu ditanya oleh peguamnya, Dr Rafie Mohd Shafie, Shahnaz berkata beliau bekerja dengan Sarawak Securities pada 1993 sebagai pengurus besar dan Abu Bekir sebagai pengarah.

“Syarikat mencatatkan keuntungan RM60 juta setahun dengan pulangan lebih dari RM200 juta,” katanya semasa perbicaraan itu.

Suri rumah 50 tahun itu menafikan beliau memeterai perjanjian bersama Abu Bekir bagi membayar sejumlah wang bagi penyelesaian di luar mahkamah.
Semasa ditanya oleh peguam lain, Akbardin Abdul Kader, Shahnaz berkata beliau tidak akan menerima perbuatan Abu Bekir kepada dirinya.

Shahnaz sebelum ini mendedahkan Abu Bekir mempunyai seorang anak dengan perempuan warga Australia dan kemudian berkahwin dengan wanita Rusia.

♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


Kenaikan Harga Minyak (20sen / Liter)

Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu. 

Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.



 Janji Putrajaya untuk meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2014 tidak memberikan kesan kepada penduduk Lembah Klang kerana kebanyakan daripada mereka tidak layak menerimanya dan bantuan itu hanya diterima sekali sedangkan kesan kenaikan itu terpaksa ditanggung setiap hari. 

Pemberian wang tunai RM500 itu sebelum ini diberikan kepada lima juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. 

Shahrulnizam Mohamad, 29, berkata kenaikan harga minyak bermula tengah malam tadi dijangkakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana umumnya rakyat mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

 "Kenaikan harga ini sangat memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga barang ini, peniaga juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya. 

Sementara itu, K Primela, 35, berkata kerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol sewaktu rakyat sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang selepas musim perayaan. 

"Kerajaan BN 'bijak' mengambil kesempatan selepas beberapa bulan pasca PRU13 untuk menaikkan harga minyak. Sebelum pilihan raya berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi kemudian lain jadinya. Apatah lagi kini rakyat sudah mula dibebankan dengan kenaikan harga barang. Gaji tidak pula catat kenaikan tapi harga minyak pula yang naik. 

"Rakyat sendiri dapat perhatikan perbuatan buruk kerajaan BN apabila belum sampai setahun mendapat mandat menerajui negara, sudah tampil dengan pendekatan membebankan rakyat. Selepas ini, apa pula yang kerajaan nak naikkan,” katanya, ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri, Klang malam tadi. 

Lim Tai Boon, 46, yang ditemui di tempat sama juga melihat kenaikan harga minyak sebagai permainan politik kerajaan BN. "Dulu sebelum pilihan raya janji tidak naikkan harga minyak. Lepas BN menang pilihan raya, lain pula ceritanya. Perkara ini memang tidak patut, menyusahkan rakyat," katanya.

 Pengguna turut kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu kerana tempoh makluman yang diberikan singkat untuk pengguna bertindak. Tengku Zarul Tengku Lokman, 37, berkata kenaikan 20 sen seliter satu tindakan kejam yang dilakukan kerajaan kepada rakyat sambil menjangkakan harga barang keperluan asas lain turut meningkat ekoran kenaikan harga bahan bakar.

 "Saya tahu mengenai kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial Facebook. Media kerajaan melalui televisyen dan radio tidak komited dengan pengumuman itu. Esok bila sudah naik, baru hendak disiarkan. Itu yang jahatnya kerajaan enggan memaklumkan terlebih awal," katanya.

 Amir Azri, 26, pula membayangkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan kadar pemberian BR1M tidak praktikal kerana saguhati itu diberikan sekali sahaja tetapi perbelanjaan petrol adalah keperluan harian. 

"Kadar BR1M yang diterima tidak setimpal dengan kenaikan harga minyak. BR1M adalah wang pembayar cukai, justeru wang rakyat juga yang digunakan untuk menjayakan wang saguhati itu," katanya kepada The Malaysian Insider.


Najib ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel semalam 02 september 2013, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat. 

Beliau menjelaskan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.

 Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter. 

Najib menegaskan langkah itu bagi memastikan sasaran kerajaan mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020. 

Perdana menteri memberikan alasan langkah pengurangan subsidi itu bertujuan memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kaya dan warga asing. 

Katanya, Malaysia perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas sambil menjelaskan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.

 Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai BR1M yang akan diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 nanti.


♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥