Saya tahu ramai di antara kita yang mengimpikan rumah idaman mahupun rumah sendiri yang tidak ada bayaran bulanan, pendek kata tidak menyewa sebab gaju pun sekadar cukup untuk perbelanjaan keluarga / perbelanjaan makan. apatah lagi bagi mereka yang sudah berkahwin seperti saya punya tanggungan. Rumah idaman / tanpa bayaran bulanan merupakan keperluan asas bagi setiap keluarga dan sepatutnya memiliki rumah sendiri bukan merupakan satu bebanan.
Berbalik kepada tajuk di atas ( Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) ) ini adalah salah satu program bantuan dari kerajaan (SPNB 2012) dimana program ini adalah pemilikan rumah mampu milik yang anda boleh dapatkan dengan beberapa cara permohonan asalkan memenuhi syarat yang di tetapkan.
Anda kini boleh membuat permohonan secara online untuk Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia yang lebih di kenali sebagai (RMR1M).
SYARAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) / SPNB 2012
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
- Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
- Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
- Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Untuk menyemak syarat lainnya sila klik di (sini)
Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Harga pembiayaan di bawah akan diberikan subsidi sebanyak satu pertiga (1/3) daripada kos pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan sementara dua per tiga (2/3) lagi adalah pinjaman tanpa faedah
Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M yang telah disediakan. Anda juga boleh muat-turun borang RMR1M di sini (klik).
Bukan semua orang layak untuk menikmati program pemilikan rumah mesra rakyat ini, memandangkan ia mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.
Apakah yang menariknya mengenai rumah mesra rakyat 1 Malaysia ini? Untuk info, untuk pembelian rumah RMR1M, anda akan menerima subsidi daripada kerajaan sebanyak RM20,000. Dan anda juga menerima 2% subsidi kerajaan pada pinjaman kadar faedah bank.
Ada dua cara untuk memohon, iaitu secara online atau menerusi pejabat SPNB yang berdekatan. Malah sebenarnya anda boleh meminta bantuan waklik rakyat serta pejabat penghulu untuk membanti mendapatkan RMR1M ini
Cara Memohon RMR1M
- Dapatkan borang percuma samada menerusi online di SPNB (klik) atau dari Pejabat Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit
- Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit
- Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.
BORANG PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA.
Bagi anda yang mahu membuat permohonan secara online, sila muat turun panduan atau manual pengguna yang telah disediakan di sini, sila baca dan fahami sebelum membuat sebarang permohonan agar dapat memudahkan ursan anda.- Manual Pengguna RMR
Di bawah ada beberapa gambar design / rupa bentuk / konsep rumah yang telah di sediakan oleh SPNB.
Rekabentuk Rumah RMR1M
Untuk sebarang pertanyaan, kemushkilan atau apa sahaja persoalan mengenai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), anda boleh hubungi talian berikut:
Hotline SPNB: 1300 80 3838
Tel: 6088-484476 (Ketua Unit, Jualan Sabah)
p.s: Penulis bukanlah agen kepada program ini, penulis hanyalah seseorang yang menyebarkan informasi ini supaya lebih ramai orang dapat miliki rumah sendiri. Tiada sebarang hubungan antara penulis dengan SPNB atau mana-mana Adun.
♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥
Berita gembira bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi masih belum ada modal, atau tak cukup duit, untuk memulakan pembinaan rumah. Jom baca disini untuk maklumat lanjut :
ReplyDeleteCara Memohon Rumah Mesra Rakyat 2020 Online