Thursday, July 28, 2016

Jawatan Kosong Pengambilan Guru Vokasional [Interim] KPM 2016


 Jawatan Kosong | Iklan Pengambilan Guru Vokasional [Interim] KPM 2016



Jawatan Kosong Kerajaan 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh Tutup
7 Ogos 2016 


IKLAN PENGAMBILAN GURU VOKASIONAL SECARA INTERIM DI KOLEJ-KOLEJ VOKASIONAL KPM TAHUN 2016 



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Vokasional secara interim di Kolej Vokasional KPM Ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).



Nama Perjawatan:
Guru Vokasional/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Interim)
Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Akan Mengikuti Latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan.



SILA RUJUK SYARAT KELAYAKAN ASAS DI BAWAH


CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN 

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web 

Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat: 


www.jobsmalaysia.gov.my 

Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. 


Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. 



Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.



 Bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut; 
a) Elektrik 
b) Elektronik 
c) Kimpalan 
d) Automotif 
e) Pemesinan Industri 
f) Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara 
g) Pembinaan 
h) Kejuruteraan Mekanikal 
i) Kejuruteraan Awam 
j) Pelancongan 



* Keutamaan adalah kepada calon yang mempunyai SKM dan pengalaman bekerja di industri dalam bidang berkaitan. 



* Pemohon yang memiliki ijazah daripada institusi luar negara atau IPTS tempatan perlu memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan merujuk kepada laman web KPT di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/. 



* Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.





♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥


No comments:

Post a Comment