Perut buncit merupakan sebahagian daripada masalah
terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Mesti risau tengok perut menggeleber sampai
orang pun boleh gelarkan ‘tayar spare’. Tak dinafikan semuanya mengharap untuk
kembali langsing selepas sahaja bersalin, tetapi lepas beberapa bulan, lilitan
pinggang tak turun-turun. Lagi teruk, makin membesar, bukan preggy balik ye.
Tetapi semakin buncit pula. hehehe
Di bawah ni saya sediakan beberapa sebab kenapa anda gagal kempiskan perut selepas bersalin
* Antara sebabnya ;
1. Kawalan dan disiplin anda adalah kunci utama untuk anda kembali langsing selepas bersalin. Tidak ada jalan singkat untuk kembali kurus dan langsing, semuanya adalah proses. Ramai yang berjaya kembali langsing, maka tak mustahil anda juga tidak boleh kan? Jadi yang dah amalkan cara kurus selepas bersalin teruskan, yang belum atau bakal sila pastikan anda ketahui tentang cara paling terbaik untuk kempiskan perut.
2. Tidak menyusukan anak secara teratur
Susu ibu bukan sahaja penting untuk bayi anda, malah ianya
juga penting untuk menurunkan berat badan selepas bersalin.Hanya duduk diam
sahaja dengan selesa sambil menyusukan bayi, anda sendiri telah membakar kalori
sebanyak 600 – 800 kalori, lebih banyak daripada anda nak bersenam betul?
Selain itu, menyusukan bayi secara
eksklusif juga membantu mempercepatkan pengecutan rahim anda.
3. Tidak kawal pengambilan makanan.
Lepas habis tempoh berpantang, hampir semuanya nak dimakan.
Tak salah jika anda teringin sangat nak makan, tetapi jangan sampai anda
ikutkan nafsu. Anda haruslah mengambil makanan mengikut keperluan. Jika anda
makan terlebih atau memilih cara pemakanan yang tidak sihat itu sama sahaja anda memilih untuk
berperut buncit. Maka tak hairan lah proses untuk anda kembali langsing
mengambil masa yang lebih panjang atau langsung tak mengecut.
4. Tidak memakai bengkung.
Ramai ibu bersalin menolak untuk memakai bengkung
terutamanya ibu-ibu moden dengan alasan, leceh, panas, dan rimas untuk dipakai.
Ini merupakan sebab utama kenapa anda gagal untuk mendapatkan tubuh badan yang
langsing selepas bersalin. Ada yang kurus lepas bersalin tetapi harus
diingatkan juga, kurus sahaja tapi tak dibentuk pun tak boleh. Susuk badan pasti
akan “out of shape”. Jika bersalin c-zer, anda seeloknya memilih bengkung yang
sesuai supaya tidak menyakitkan bahagian perut yang dibedah. Pemakaian bengkung
atau korset amat digalakkan walaupun selepas habis tempoh pantang. Maklumlah
mengandung pun 9 bulan, tak mungkin anda boleh kembali langsing selepas sebulan
dua bukan?
♥ Terima kasih. Datang lagi ^_^ ♥
No comments:
Post a Comment